by Oh! Semput
Ramai kanak-kanak mempunyai impian untuk memiliki motosikal sendiri, namun seorang remaja berusia 13 tahun, Alif memilih jalan berbeza apabila membina motosikal mini hasil kreativiti menggunakan basikalnya sendiri.
Hasil ciptaan uniknya iaitu mini Yamaha Y15 baru-baru ini tular di media sosial sehingga menarik perhatian ramai termasuk anggota polis dan pihak Mister Potato.
Alif secara kreatif mengubah suai basikalnya sehingga menyerupai motosikal Yamaha Y15 yang cukup popular dalam kalangan rakyat Malaysia dan sering digelar sebagai “Y Suku”.

Rekaan mini motosikal tersebut ternyata mengagumkan apabila beberapa anggota polis tempatan turut berhenti untuk melihat hasil ciptaan Alif.
Malah, anggota polis berkenaan turut bertanya kepada Alif mengenai setiap komponen yang digunakan untuk menghasilkan motosikal mini tersebut.
Namun, satu bahagian yang paling mencuri perhatian ialah bahagian ekzos.
Bagi menghasilkan ekzos, Alif menggunakan tin kosong Mister Potato, sekali gus memberikan sentuhan unik dan kreatif pada hasil ciptaannya.
Selepas mengetahui mengenai hasil ciptaan Alif yang tular, pihak Mister Potato tampil memberikan kejutan kepada remaja tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap kreativiti dan usaha yang ditunjukkan.

Menerusi video yang dikongsikan di Instagram Mister Potato, “Abam” bersama pasukan Mister Potato hadir membawa hadiah istimewa buat Alif.
Antara hadiah yang diberikan ialah jambangan snek khas yang dipenuhi produk Mister Potato serta sebuah jaket edisi khas yang mempunyai nama Alif.
Jaket tersebut dihasilkan khas untuk meraikan Alif sebagai “wira kecil” yang berjaya mencuri perhatian ramai menerusi kreativiti luar biasanya.
Kisah Alif membuktikan bahawa dengan imaginasi dan usaha, sesuatu yang bermula daripada perkara sederhana seperti basikal juga mampu menghasilkan ciptaan yang mengagumkan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Budak 13 Tahun Guna Tin Mister Potato Sebagai Ekzos Untuk Basikal Mini Yamaha Y15, Terima Kejutan Istimewa first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.