“Saya Buntu, Tiada Panduan, Saya Mohon Beri Saya Ruang” – Khairul Aming

by Oh! Semput


2
SHARES
26
VIEWS
Posted on 07 Sep 2026 06:31:01

Fenomena scalper atau ulat tiket kini dilihat bukan lagi terhad kepada industri konsert muzik, malah turut merebak ke sektor perkhidmatan makanan dan minuman (F&B) tempatan.

Isu berkenaan menjadi perhatian apabila restoran baharu milik usahawan terkenal, Khairul Aming, iaitu Rembayung, turut menjadi sasaran scalper yang mengambil kesempatan menjual semula tempahan meja pada harga yang tinggi.

Advertisement

Menerusi satu hantaran di Threads, Khairul Aming meluahkan rasa buntu dalam mencari kaedah terbaik untuk mengawal situasi berkenaan, selain memohon maaf kepada orang ramai yang berdepan kesukaran mendapatkan tempahan.

Menurutnya, jumlah pengikut yang sangat besar berbanding kapasiti restoran menjadi antara cabaran utama untuk mengawal sistem tempahan.

Khairul Aming turut menjelaskan cadangan penggunaan nombor kad pengenalan ketika membuat tempahan juga mempunyai kelemahan kerana scalper mungkin boleh mendapatkan maklumat tersebut terlebih dahulu.

KA

“Ada yg suruh letak nombor IC kat tempahan — Tapi bagaimana menghalang scalper daripada mengambil nombor kad pengenalan pembeli terlebih dahulu dan memasukkannya kemudian? Isunya tetap sama — Saya mohon maaf kepada orang ramai yang frust tapi saya pun stuck.

Beliau berkata situasi yang berlaku di Rembayung juga merupakan sesuatu yang baharu dan tidak mempunyai banyak rujukan daripada restoran tempatan lain.

“Tak ada restoran dalam malaysia ada isu sebegini dan saya tidak mempunyai siapa-siapa untuk menjadi rujukan. Saya mohon bagi saya ruang untuk cari solusi,” luah Khairul Aming.

Dalam pada itu, sebahagian warganet berpendapat kewujudan scalper bukan hanya berpunca daripada pihak yang menjual semula tempahan.

Sebaliknya, mereka berpandangan masalah itu turut berlaku kerana terdapat permintaan tinggi daripada pelanggan yang sanggup membeli semula tempahan pada harga jauh lebih mahal.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-09-06 11:19:17

Ustaz Abdul Halim Din Meninggal Dunia Pada Usia 52 Tahun

“Saya Buntu, Tiada Panduan, Saya Mohon Beri Saya Ruang” – Khairul Aming first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts