by Oh! Semput
Perkongsian video yang menampilkan pelakon Noreen Iman bersama Ruhainies mengundang reaksi kurang senang daripada netizen.
Menerusi video tersebut, Noreen dilihat tampil berhijab manakala Ruhainies pula mengenakan purdah.
Bagaimanapun, penampilan kedua-duanya tidak menerima reaksi seperti yang diharapkan apabila sesetengah netizen beranggapan kandungan berkenaan seolah-olah mempermainkan simbol keagamaan.
Malah, penampilan Noreen turut menjadi perhatian memandangkan dia baru sahaja tidak lagi mengenakan tudung selepas kira-kira dua tahun berhijab.
Ruhainies pula masih sering dikaitkan dengan kontroversi terdahulu sehingga menyebabkan sebarang perkongsiannya mudah menjadi perhatian dan menerima kritikan warganet.
Antara komen yang ditinggalkan netizen ialah:
“MELUAT tengok dua-dua, sejenis bermasalah.”
Seorang lagi pengguna media sosial turut menegur kedua-duanya agar tidak menjadikan simbol keagamaan sebagai bahan kandungan sekiranya benar-benar mahu berubah.
“Berhenti mempermainkan agama. Kalau benar mahu berubah, berubah dengan bersungguh-sungguh,” tulis seorang netizen.
Ada juga yang mempersoalkan penggunaan niqab dalam kandungan media sosial, terutama sekiranya ia sekadar digunakan untuk tujuan gurauan.
Walaupun menerima pelbagai kritikan, setiap individu mempunyai hak untuk melalui proses perubahan dalam kehidupan masing-masing.
Apa pun, Noreen dan Ruhainies juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan serta menerima teguran daripada masyarakat.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Meluat Tengok Dua-Dua, Sejenis Bermasalah” – Video Noreen Iman & Ruhainies Undang Kecaman Netizen first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.