by Oh! Semput
Peranti REDMI bukan satu nama yang asing untuk peranti kelas permulaan dan juga pertengahan kerana menawarkan spesifikasi yang menarik pada harga yang mampu milik. Ini adalah kali pertama saya mengulas peranti dari REDMI jadi adakah REDMI 17 5G ini mampu menawarkan pengalaman penggunaan yang baik setara dengan harga yang ditawarkannya. Saya akan terangkan dengan lebih lanjut melalui artikel ulasan ini.

| REDMI 17 5G | |
|---|---|
| Skrin | IPS LCD, 120Hz, 825 nits 6.9-inci 1600 x 720 pixels (~256 ppi density) Corning Gorilla Glass 7i |
| Pemproses | Snapdragon 4 Gen 5 (4 nm) |
| Cip | 2×2.4 GHz Cortex-A78 6×2.0 GHz Cortex-A55 |
| Cip Grafik | Adreno 613 |
| RAM | 4GB RAM LPDDR4X RAM Maya (+12GB RAM) |
| Storan Dalaman | 256GB UFS 2.2 |
| Kamera Utama | 50 MP, f/1.8 (lebar) |
| Kamera Depan | 8 MP, f/2.05 (ultra-lebar) |
| Bateri | 7500 mAh Pengecasan Pantas 45W |
| SIM/Telefoni | Dwi SIM Nano /Mikro SD/ 5G |
| NFC | Ya |
| Infra Merah | Tiada |
| Kalis Air | IP64 |
| Sistem Imbasan | Imbasan cap jari Imbasan wajah |
| Harga Jualan | RM769 (4+128 GB) RM869 (4+256 GB) |
Dari segi visual REDMI 17 5G ini ia kelihatan seperti peranti yang lebih mahal dari harganya terutamanya untuk warna Vivid Orange ini. Panel belakang menggunakan kemasan kulit dan digabung dengan dengan elemen warna emas pada bahagian modul kamera serta bingkai peranti. Namun sebaik sahaja anda pegang peranti ini, terus ia terasa seperti peranti yang sedikit murah kerana menggunakan binaan plastik sepenuhnya.

Pada modul kamera REDMI 17 5G ini terdapat satu lampu RGB yang diletakkan bawah lampu flash. Lampu ini berfungsi seperti kebanyakan lampu RGB lain yang ada pada jenama lain seperti notifikasi, mengecas peranti dan juga ketika sesi gaming. Walaupun tiada apa-apa yang istimewa, namun anda boleh dapat lampu RGB ini pada peranti yang dijual bawah RM1000.

Walaupun peranti agak besar dengan saiz 6.9″ ia tidaklah terasa terlalu berat mahal genggaman dalam tangan juga terasa cukup baik. Ia juga datang dengan ketahanan air dan debu IP64, ia bukanlah yang paling terbaik namun untuk harga yang ditawarkan ia sudah cukup memadai.

Dari segi susun atur butang, pada bahagian kanan peranti menempatkan butang aras suara serta butang kuasa yang mempunyai fungsi pengesan cap jari yang agak pantas. Bahagian bawah peranti menempatkan port pengecasan jenis-C, pembesar suara dan juga slot SIM yang boleh menempatkan juga kad MikroSD. Bahagian atas peranti pula, terdapat sesuatu yang agak ‘rare’ sekarang iaitu bicu audio 3.5mm serta pembesar suara yang kedua.

REDMI 17 5G ini menggunakan skrin sebesar 6.9″ dengan resolusi 720P ditambah dengan kadar segar semula 120Hz. Spesifikasi skrin ini sebenarnya agak mengecewakan untuk tahun 2026 kerana anda patut dapatkan peranti dengan panel OLED sekurang-kurangnya. Bezel pada dagu skrin ini juga sangat tebal memberikan pengalaman yang kurang memuaskan.

Kadar kecerahannya juga agak rendah iaitu 825nits jadi menggunakan peranti ini bawah matahari terik boleh menguji tahap kesabaran seseorang. Skrin ini juga hanya mempunyai 8-bit kedalaman warna jadi penghasilan warnanya tidak terlalu meriah tapi untuk penggunaan kasual ini bukan jadi satu isu besar. Mungkin salah satu perkara positif dengan skrin ini adalah ia mempunyai penarafan TUV Rheinland untuk keselamatan mata serta ketahanan Gorrilla Glass 7i.

Seperti kebanayakan peranti dari Xiaomi yang lain, REDMI 17 5G ini juga menjalankan HyperOS 3 berdasarkan Android 16 sebaik sahaja keluar dari kotak. Sejujurnya saya sebelum ini saya tiada apa-apa isu yang besar dengan HyperOS 3 ini, rekaan antaramuka kelihatan mudah dan minimal serta menggunakan rekaan ikon yang rata dan berwarna warni.

Saya sebenarnya agak sukakan dengan rekaan antaramuka dari HyperOS ini kerana ia tidak kelihatan terlalu berwarna-warni seperti kebanyak sistem operasi dari jenama China yang lain. Pemperibadian untuk HyperOS ini tidak terlalu banyak dan menyeluruh seperti apa yang ditawarkan oleh pesaing namun ini bukanlah masalah yang besar untuk saya.

Yang menjadi masalah utama saya ketika menggunakan peranti ini adalah iklan yang muncul. Terdapat iklan yang akan muncul secara rawak dan kadang-kadang agak mengjengkelkan. Aplikasi gendut juga agak banyak sebaik sahaja anda hidupkan peranti ini. Untuk orang seperti saya yang reti untuk matikan sedikit iklan ini mungkin tidak jadi satu masalah namun untuk pengguna lain mungkin akan membuatkan mereka sedikit geram dengan iklan-iklan ini.
REDMI 17 5G ini dilengkapi dengan cip terbaru iaitu Snapdragon 4 Gen 5 yang merupakan cip di dalam kelas permulaan. Ia dipadankan dengan 4GB RAM LPDDR4X dan pilihan storan sehingga 256GB UFS 2.2. Berdasarkan spesifikasi ini, anda sememangnya tidak perlu mengharap prestasi yang mengagumkan dari peranti ini dan anda boleh menilai sendiri dari skor penanda aras di bawah.
| Peranti | Skor |
| REDMI 17 5G | 626,878 |
| Vivo Y31s 5G | 636,064 |
| Realme P4 Power | 1,011,190 |
| vivo V70 FE | 940,342 |
| Samsung Galaxy A37 5G | 1,059,377 |
| Infinix Note Edge | 805,806 |
| Honor 600 Lite | 726,401 |
| Nothing Phone (3a) | 803,992 |
| Samsung Galaxy A57 5G | 1,373,996 |
| Peranti | Satu Teras | Multi Teras |
| REDMI 17 5G | 972 | 1626 |
| Vivo Y31s 5G | 919 | 2122 |
| Realme P4 Power | 1043 | 2890 |
| vivo V70 FE | 1021 | 2941 |
| Samsung Galaxy A37 5G | 1138 | 3489 |
| Infinix Note Edge | 972 | 2827 |
| Honor 600 Lite | 867 | 2660 |
| Nothing Phone (3a) | 1146 | 3123 |
| Samsung Galaxy A57 5G | 1238 | 4410 |
| Peranti | Skor |
| REDMI 17 5G | 350 |
| Vivo Y31s 5G | N/A |
| Realme P4 Power | 1021 |
| vivo V70 FE | 870 |
| Samsung Galaxy A37 5G | 1042 |
| Infinix Note Edge | 692 |
| Honor 600 Lite | 640 |
| Nothing Phone (3a) | 1043 |
| Samsung Galaxy A57 5G | 1713 |
Prestasi yang diberikan oleh REDMI 17 5G ini agak mengecewakan semasa penggunaan saya sepanjang dua minggu. Ketika saya hanya menggunakan peranti ini untuk tugasan asas, saya selalu menghadap masalah mikro lag yang agak menjengkelkan. Ini mungkin disebabkan penggunaan 4GB RAM sahaja yang bagi saya sudah tidak relevan tahun 2026 ini.

Dalam sesi permainan masalah ini menjadi lebih kritikal. Permainan seperti PUBG Mobile boleh dimainkan dalam tetapan paling rendah namun boleh mendapatkan kadar bingkai yang tinggi namun sebaik sahaja dalam peperangan besar mikro lag tersebut bertukar menjadi lag yang sangat teruk. Namun ketika sesi permainan peranti tidak terasa terlalu panas dan masih boleh diterima.
Bahagian kamera juga merupakan kelemahan terbesar peranti ini dan sedikit sebanyak terjadi akibat prestasinya. Walaupun seakan mempunyai dua lensa, hanya satu sahaja lensa yang boleh digunakan iaitu 50MP f/1.8 tanpa OIS dan juga lensa swafoto 8MP.



Pengalaman ketika mengambil gambar dengan peranti ini sangat mengecewakan kerana prestasinya. Mikro lag itu juga terjadi ketika menggunakan kamera ini membuatkan peranti ini mempunyai shutter lag jadi anda mesti memerlukan tahap kesabaran yang tinggi ketika menggunakannya.




Hasil gambarnya juga bukanlah yang terbaik. Penghasilan warna masih lagi okey cuma ketajamannya agak kurang dan gambar terlihat lebih lembut pada waktu cahaya yang mencukupi atau siang. Ciri-ciri dalam aplikasi kamera juga tiada apa-apa yang istimewa, hanya mempunyai kesemua tetapan asas. Saya boleh faham yang peranti ini tidak memfokuskan kepada kamera dan fotografi namun pengalaman saya selepas menggunakan kamera REDMI 17 ini sangat tidak memuaskan.
Saya rasa mungkin bahagian bateri sahaja yang boleh dipuji sedikit kerana mempunyai kapasiti yang besar iaitu 7500mAh dengan teknologi Silicon Carbon. Prestasinya seperti yang boleh dijangkakan dengan cip yang tidak terlalu memakan kuasa membuatkan peranti boleh bertahan lebih dari 8 jam untuk sehari penggunaan.

Dari segi pengecasan ia menyokong pengecasan pantas 45W, sememangnya bukan yang paling pantas namun sudah mencukupi untuk digunakan pada penghujung hari. Mengecas dari 20% ke 90% boleh memakan masa hampir 1 jam. Peranti ini juga turut mempunyai ciri pengecasan berbalik 22.5W sekali lagi bukanlah satu ciri yang baru namun cukup berguna ketika kecemasan.
Untuk peranti Android bawah RM800 ini anda sudah mendapat pembesar suara dengan konfigurasi stereo walaupun saya akui bunyi yang dihasilkan terasa agak kosong dan kurang dinamik. Namun apa yang lebih penting peranti ini mempunyai bicu audio 3.5mm yang saya sering gunakan ketika menggunakan peranti ini selama 2 minggu.

| Redmi 17 5G | Realme C100 5G | Samsung Galaxy A07 5G |
| 6.9″ LCD, 120Hz 800 nit | 6.8″ IPS LCD, 144Hz 900 nit | 6.7″ IPS LCD, 120Hz 800 nit |
| Snapdragon 4 Gen 5 (4 nm) 2 x 2.4 GHz Cortex-A78 6 x 2.0 GHz Cortex-A55 | Dimensity 6300 (6 nm) 2 x 2.4 GHz Cortex-A78 6 x 2.0 GHz Cortex-A55 | Dimensity 6300 (6 nm) 2 x 2.4 GHz Cortex-A78 6 x 2.0 GHz Cortex-A55 |
| Adreno 629 | Mali-G57 MC2 | Mali-G57 MC2 |
| 4GB LPDDR4X | 4 GB LPDDR4X | 6/8 GB LPDDR4X |
| 128/256 GB UFS 2.2 | 256 GB eMMC 5.1 | 128/256 GB UFS 2.2 |
| Kamera Utama 50MP f/2.2, (Sudut Lebar) | Kamera Utama 50 MP, f/1.8, EIS (Sudut Lebar) | Kamera Utama 50MP f/1.8, EIS (Sudut Lebar) 2MP f/2.4 (Kedalaman) |
| Kamera Hadapan 8MP f/2.2 | Kamera Hadapan 5 MP f/2.2 | Kamera Hadapan 8MP f/2.0 |
| IP64 | IP64 | IP66 |
| Bicu audio 3.5mm | Bicu audio 3.5mm | Bicu audio 3.5mm |
| Audio Stereo | Audio Stereo | Audio Mono |
| 7500 mAh Berwayar 45W | 7000 mAh Berwayar 45W | 6000 mAh Berwayar 25W |
| HyperOS 3, Android 16 | Realme UI 7.0, Android 16 | One UI 8, Android 16 |
| Dilancarkan Ogos 2026 | Dilancarkan Mei 2026 | Dilancarkan Januari 2026 |
| RM 769 (4/128GB) RM 869 (4/256GB) | RM 1099 (4/256GB) | RM 1149 (8/256GB) |
Berikut ialah yang disertakan dalam kotak yang kami terima:

Saya sebenarnya kurang pasti siapakah golongan yang sesuai untuk menggunakan REDMI 17 5G ini. Jika diberikan kepada kanak-kanak kecil mereka mungkin boleh jadi cepat marah kerana peranti berfungsi dengan tidak lancar disebabkan jumlah RAM yang kecil.
Jika untuk golongan emas, agak kesian untuk mereka menggunakan peranti yang perlahan ini. Jika anda ingin menjadikan peranti ini sebagai telefon kedua juga seperti kurang sesuai lagi sekali disebabkan prestasinya. Saya boleh cadangkan peranti ini sebagai satu peranti kecemasan sahaja jika telefon utama anda rosak atau sedang dibaiki.
Kelebihan
Kekurangan
