Tesla Lancarkan Perkhidmatan Roboteksi Tanpa Stereng dan Pedal Kawalan

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 05 Sep 2026 10:30:55

Tesla secara rasminya melancarkan perkhidmatan roboteksi tanpa stereng dan pedal kawalan dalam kabin di Austin, Texas semalam. Ini menjadikan Tesla syarikat ketiga selepas Zoox dan Waymo menawarkan roboteksi tanpa stereng dan pedal kawalan di Amerika Syarikat

Perkhidmatan dilancarkan hampir dua tahun selepas Cybercab diperlihatkan kepada umum. Pada ketika ini perkhidmatan masih lagi terhad di Austin sahaja. Setiap roboteksi baharu Cybercab boleh membawa dua penumpang dengan terdapat ruang simpanan baran di bahagian belakang sahaja tanpa frunk hadapan. Cybercab mempunyai dua pintu lipat gunting yang dibuka dan ditutup secara automatik.

Di bahagian dalam kabin, terdapat satu skrin di bahagian tengah yang memaparkan maklumat pemanduan dan turut boleh digunakan oleh penumpang untuk menonton video seperti YouTube dan Netflix. Menerusi skrin yang sama, penumpang turut boleh mengawal kedudukan kerusi. Di bahagian bawah skrin pula terdapat port pengecas USB-C untuk peranti pintar.

Pelan jangka panjang Tesla ialah menjual Cybercab pada harga sekitar $30,000 setiap satu yang kemudiannya dijadikan sumber pendapatan oleh pemilik.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts