Azmi 'Caliph Buskers' Kecewa Lagu Dicetak Rompak Dalam Group Whatsapp

by Oh! Semput


10
SHARES
131
VIEWS
Posted on 29 May 2017 01:00:22


Vokalis Caliph Buskers, Azmi Saat dalam posting terbaru Facebook beliau menyatakan perasaan sedih dan kecewanya apabila menerima lagu nya sendiri dikongsikan secara tidak sah dalam group-group Whatsapp. Dibawah adalah tulisan penuh Azmi:

Masuk hari ni dah 5 kali terima lagu sendiri dalam group whatsapp. Mungkin balasan sebab dulu suka bluetooth lagu dari orang dan kongsikan pula pada orang lain. Bila dah ada lagu sendiri baru tahu perasaan saat orang cetak rompak lagu kita dan sebarkan sesukahati.

Tahu tak, bila kita kongsikan audio yang kita convert sendiri dalam whatsapp tu adalah cetak rompak? Memang kita tak terima apa-apa keuntungan dari apa yang kita kongsikan, tapi sebenarnya kita telah membuatkan orang lain tak lagi mendengar atau menonton video tersebut ditempat yang sepatutnya speperti di youtube, spotify dan sebagainya.


Kumpulan Caliph Buskers
Atau mungkin juga ramai tak tahu yang youtube, spotify dan beberapa lagi rangkaian lain akan memberikan bayaran dalam bentuk wang sekiranya audio dan video yang dimuat naik telah memenuhi syarat-syarat tertentu seperti jumlah penonton/pendengar dan beberapa syarat lain. Sebab itulah boleh dikatakan semua syarikat rakaman menggunakan kaedah ini untuk memasarkan lagu-lagu mereka bukan lagi dalam bentuk fizikal seperti CD.

Jadi, gunalah butang kongsi/share yang disediakan. Kongsikan link sepatutnya bukan audio/video yang dimuat turun. Kalaulah dah memang menjadi hobi anda suka memuat turun, cukuplah simpan sebagai koleksi peribadi. Bukan untuk disebar-sebarkan pada orang lain.

Semoga kita tidak menjadi orang-orang yang zalim. Amin.

Jom! Kita buat latihan cara-cara yang betul untuk kongsikan lagu-lagu kegemaran. Gunakan link ini:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts