Canva Buang 22% Pekerja, Melibatkan Lebih 1,200 Orang

by Oh! Semput


2
SHARES
28
VIEWS
Posted on 04 Nov 2026 03:30:50

Canva kini mengumumkan penstrukturan semula, sekaligus membuang 22% daripada jumlah pekerja mereka. Hal ini sekaligus membuatkan sekitar 1,200 orang terkesan dan kehilangan pekerja mereka, atau diberikan jawatan baharu yang berbeza.

Hal ini hadir selari dengan letusan arena kecerdasan buatan, dimana orang ramai telah mula menggunakan perkhidmatan AI dalam melakukan sejumlah tugasan kreatif. Selain daripada penggunaan, pelbagai syarikat juga turut telah mula menggunakan AI dalam mengautomasikan sejumlah tugasan, dan menggantikan pekerja, serta membolehkan syarikat beroperasi dengan angka pekerja yang lebih rendah.

Melalui penstrukturan semula ini, Canva menyasarkan untuk menjadi perniagaan yang lebih mudah, dan kembali menjadi pasukan yang kecil seperti sebelumnya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts