GTA VI Catat Jualan 32.5 Juta Unit dan Jana $3.79 Bilion pada Hari Pertama

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 21 Nov 2026 03:30:44

Take Two Interactive, penerbit Grand Theft Auto VI mengumumkan 32.5 juta unit permainan video ini telah dijual pada hari pertama pelancarannya 19 Disember lalu. Pada waktu yang sama ia menjana jualan sebanyak $3.79 bilion (~RM 15.59 bilion) dalam tempoh yang sama. Ini menjadikannya pelancaran paling berjaya dalam sejarah industri hiburan.

Sebagai perbandingan filem paling laku dalam sejarah iaitu Avengers: End Game mencatatkan kutipan $2.9 bilion sepanjang tayangan di pawagam. Angka jualan GTA VI nampak lebih menakjubkan apabila dibandingkan dengan GTA V yang hanya menjual 11.21 juta unit dan menjana $815.7 juta pada hari pertama 13 tahun yang lalu.

Sungguhpun begitu GTA V masih memegang rekod permainan video Rockstar Games yang paling banyak terjual dengan 235 juta unit sepanjang hayatnya merentasi tiga generasi konsol dan satu platform PC. GTA VI masih boleh memintas rekod ini kerana versi PC belum lagi dilancarkan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts