Cip A20 Pro Catat Markah Geekbench Lebih Tinggi Berbanding M5 Max

by Oh! Semput


2
SHARES
20
VIEWS
Posted on 15 Sep 2026 07:00:34

Apakah prestasi sebenar cip Apple A20 Pro yang digunakan pada siri iPhone 18 Pro dan iPhone Duo? Misteri ini sedikit terungkai selepas markah penanda aras Geekbench 7 cip ini muncul di arena web. Dalam ujian satu teras ia mencatatkan 4,006 markah dan dalam ujian multi teras pula ia mencatatkan 11,460 markah.

Skor untuk ujian satu teras A20 Pro adalah lebih tinggi berbanding 3,769 markah yang dicatatkan oleh M5 Max yang digunakan MacBook Pro 16″. Ia hanya kalah dalam ujian multi teras kerana sekadar mempunyai 6 teras CPU berbanding 16 pada M5 Max (35,656 markah).

Bagi mereka yang telah melakukan pratempahan membeli tiga iPhone terkini 2026, anda tidak perlu risau kerana prestasi cip adalah setinggi harga jualannya di Malaysia. iPhone 18 Pro dengan cip A20 Pro akan mula dijual di Malaysia pada 18 September depan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts