CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 – Boleh Digunakan Di 6 Negara

by Oh! Semput


3
SHARES
34
VIEWS
Posted on 04 Nov 2026 07:30:09

CelcomDigi kini menawarkan Pas Perantauan Umrah yang menggabungkan data berkelajuan tinggi, panggilan suara dan liputan perayauan (roaming) serantau dalam satu pakej.

Pada harga RM100, pas dengan tempoh sah selama 15 hari ini menawarkan 100GB data berkelajuan tinggi serta akses internet tanpa had pada kelajuan sehingga 1Mbps.

Selain itu, pengguna juga boleh menikmati panggilan masuk percuma tanpa had dari Malaysia dan 30 minit panggilan keluar. Perkhidmatan ini disokong oleh pengendali rangkaian utama di Arab Saudi seperti Mobily, STC dan Zain.

Penggunaan pas ini tidak hanya terhad di Arab Saudi. Sebaliknya, ia turut meliputi lima negara lain, iaitu Emiriah Arab Bersatu (UAE), Qatar, Türkiye, Oman dan Kuwait. Dengan itu, pengguna tidak perlu mendapatkan pas perayauan berasingan sekiranya singgah atau melancong ke negara berkenaan sebelum atau selepas mengerjakan Umrah.

Bagi pelanggan prabayar dan pascabayar CelcomDigi, Pas Perantauan Umrah boleh ditempah menerusi aplikasi CelcomDigi seawal 14 hari sebelum tarikh berlepas. Sambungan perayauan akan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja tiba di negara berkenaan.

Bagaimanapun, pastikan fungsi International Roaming telah diaktifkan pada talian sebelum berlepas. Sebaik tiba di negara yang diliputi, hidupkan pula fungsi Data Roaming dalam tetapan telefon.

Sementara itu, pengguna yang bukan pelanggan CelcomDigi juga boleh mendapatkan Pas Umrah Tanpa Had 15 Hari atau eSIM menerusi kedai dalam talian CelcomDigi, CelcomDigi Stores dan wakil penjual bertauliah di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai Pas Perantauan Umrah, layari laman rasmi CelcomDigi.

{suggest}

CelcomDigi Tawar Pas Perantauan Umrah Pada Harga RM100 – Boleh Digunakan Di 6 Negara WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts