Ceramah tak selari Ahli Sunnah, mazhab Shafie, tauliah PU Azman ditarik

by Oh! Semput


12
SHARES
162
VIEWS
Posted on 10 Jun 2017 11:01:06

Suara Pencetus Ummah (PU) musim kedua Azman Syah Alias ditarik kerana tidak selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan mazhab Shafie. — Foto ihsan Facebook/Pencetus Ummah Azman SyahSEREMBAN, 10 Jun — Tauliah ceramah agama Pencetus Ummah (PU) Azman Syah Alias ditarik balik oleh Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains).
 
Tindakan dibuat selepas mendapati ceramah pendakwah selebriti itu "tidak selari dengan pegangan Ahli Sunnah Wal-Jamaah dan mazhab Shafie", lapor Sinar Harian.
 
Mufti Negeri Sembilan berkata siasatan dilakukan jawatankuasa tauliah selepas menerima banyak aduan mengenai pengisiannya ceramah Azman.
 
"Azman mendapat tauliah pada tahun 2015 selepas dia lulus sesi temuduga diadakan dan ia sah dalam tempoh tiga tahun," kata Datuk Mohd Yusof Ahmad.  
 
"Tapi kita menerima banyak aduan berhubung pengisian ceramah disampaikan olehnya. Keputusan menarik balik tauliah diberikan selepas semakan dan siasatan dilakukan."
 
Beliau turut menggesa semua masjid, surau dan sekolah di negeri itu tidak menjemput lagi penceramah itu termasuk dari peserta program realiti agama.
 
Katanya status tauliah penceramah perlu disemak terlebih dulu, jika tidak mahu berdepan tindakan.
 
"Jangan fikir penceramah itu sudah dikenali ramai atau popular, tak perlu ada tauliah atau mohon kebenaran khas. 
 
"Begitu juga dengan pendakwah keluaran program realiti agama, jangan ingat itu lesen untuk mereka bebas berceramah di negeri ini," katanya. 
 
Juara program realiti terbitan Astro musim kedua itu memberi motivasi di stesen radio Johara Pagi Era dan membintangi beberapa drama serta telemovie termasuk Tanah Kubur.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts