Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU

by Oh! Semput


2
SHARES
20
VIEWS
Posted on 04 Nov 2026 04:00:14

Chatbot kecerdasan buatan (AI) Google, Gemini, mungkin melanggar peraturan hak cipta apabila ia menggunakan penerbitan akhbar dalam situasi tertentu, kata seorang penasihat di mahkamah tertinggi Kesatuan Eropah (EU) pada Selasa.

Ia merupakan kes AI generatif pertama yang diangkat ke Mahkamah Keadilan Eropah, selepas penerbit akhbar dari Hungary, Like Company, membawa Google ke mahkamah berhubung penggunaan artikel daripada portal berita dalam talian milik mereka.

Penggunaan bahan untuk melatih model AI adalah “dibenarkan secara bebas di bawah pengecualian perlombongan teks dan data”, kata Peguam Negara Maciej Szpunar.

Namun, beliau mendedahkan bahawa “tiada bukti bahawa artikel Like Company” telah digunakan untuk melatih Gemini.

Szpunar mengesyorkan agar mahkamah memberi tumpuan kepada jawapan chatbot Gemini dalam keputusan kes tersebut.

 

“Apabila chatbot berasaskan LLM mengambil penerbitan daripada laman web penerbit akhbar, menggunakan semula penerbitan itu untuk menjana jawapan, dan memberikan jawapan tersebut kepada pengguna, hak penerbit akhbar mungkin dicabuli dalam keadaan tertentu,” kata penasihat itu, merujuk kepada model bahasa besar (LLM).

Beliau menyatakan bahawa hak penerbit tidak melindungi “fakta semata-mata” yang dilaporkan, sebaliknya “hanya bentuk ungkapan yang spesifik”.

Keputusan mahkamah dijangka dikeluarkan dalam tempoh kira-kira enam bulan.

Jurucakap Google berkata “Gemini mempelajari corak bahasa untuk mencipta hasil kandungan asli dan bukannya meniru kandungan, sambil disokong oleh kawalan penerbit yang luas bagi memberi pemegang hak pilihan yang jelas serta keupayaan untuk menarik diri (opt out).”

Jurucakap itu turut menyambut baik “pandangan peguam negara yang mengiktiraf bahawa undang-undang EU membenarkan latihan AI menggunakan maklumat yang tersedia secara awam”.

Pandangan tersebut tidak mengikat mahkamah, namun ia berpengaruh dan dianggap secara meluas sebagai petunjuk kepada hala tuju kes berkenaan. – AFP

{suggest}

Chatbot AI Google Mungkin Langgar Peraturan Hak Cipta Akhbar: Penasihat undang-undang EU WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts