by Oh! Semput
Pelakon dan penerbit, Shiela Rusly mencuri perhatian selepas berkongsi pandangannya mengenai hubungan antara mentua dan menantu.
Menerusi satu perkongsian di Threads, Shiela meninggalkan komen pada hantaran aktres Sharifah Shahora yang bertanyakan mengapa masih wujud salah faham antara golongan mentua dan menantu.
Menurut Shiela, setiap orang mempunyai pengalaman berbeza dalam hubungan kekeluargaan dan tidak semua individu melalui situasi yang sama.

“Salah itu. Kau ada mentua tetapi mereka dah meninggal. Kau dengan mak mentua dulu okay kan? Tiada isu busuk hati, iri hati atau tak puas hati, betul? Lain padang lain belalang. Kalau kita okay, tak bermakna orang lain okay,” tulisnya.
Dalam masa sama, Shiela turut berkongsi bahawa hubungannya dengan ibu mentua sendiri tidak begitu rapat, namun perkara itu bukan berpunca daripada konflik atau perasaan negatif.
“Aku tak rapat dengan mak mentua aku. Bercakap pun kurang. Tiada istilah iri hati cuma memang kurang chemistry,” ujarnya.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Kami Tak Ada Chemistry..” – Sheila Rusly Dedah Tidak Punya Hubungan Rapat Dengan Mentua first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.