China Ingin Memesongkan Haluan Asteroid Seperti Armageddon Seawal 2029

by Oh! Semput


6
SHARES
73
VIEWS
Posted on 20 Jul 2026 03:33:54

Agensi Angkasa Kebangsaan China (CNSA) mengumumkan mereka juga akan melakukan misi memesongkan arah pergerakan asteroid menjelang 2030 dua tahun lalu. Sasaran CNSA ialah asteroid 2015 XF261 yang berdiameter 30 meter. Walaupun boleh dianggap kecil, sekiranya asteroid sebesar ini menghentam bumi ia boleh mendatangkan impak besar seperti ledakan bom atom.

Hujung minggu lalu, CNSA berkongsi lebih banyak maklumat mengenai misi yang mirip dilakukan oleh Bruce Willis dalam filem Armageddon seawal 2029 atau 2030. Haluan asteroid 2015 XF261 akan dipesongkan dengan menghentamnya dengan objek pada kelajuan sekitar 32,444 km/j yang lebih pantas berbanding hentaman 22,016 km/j dilakukan oleh misi DART NASA.

DART ialah misi memesongkan asteroid pertama yang berjaya dilakukan manusia pada tahun 2022. Data yang dikumpul mengesahkan haluan asteroid Dimorphos sebesar sebuah stadium (170 meter) dipesongkan 1.7 darjah setiap jam selepas dihentam oleh DART. Misi China ini berbeza kerana 2015 XF261 dipercayai lebih pejal berbanding Dimorphos.

Sekiranya misi China turut berjaya, di masa hadapan sekiranya bumi akan dihentam asteroid dunia mempunyai dua percubaan untuk memesongkan haluannya. Kita tidak perlu risau akan pupus seperti dinosaur disebabkan oleh hentaman Chicxulub 66 juta tahun lalu.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts