by Oh! Semput
China berkongsi garis masa bila misa menghantar angkasawan pertama mereka ke bulan menujukkan ia ingin dilakukan sebelum 2030. Garis masa ini diperlihatkan ketika Persidangan Penerbangan Angkasa Lepas Dengan Anak Kapal yang Ketujuh di Beijing minggu ini.

Sebelum menghantar angkasawan ke bulan, China akan terlebih dahulu menghantar kapal angkasa Mengzhou tanpa krew ke orbit bum rendah menggunakan roket Long March 10A pada awal 2027. Seterusnya kapal pendaratan ke bulan Lanyue tanpa krew pula dihantar ke permukaan bulan dan kembali semula menggunakan roket Long March 10 pada tahun 2028.
Sekiranya berjaya misi akan diteruskan pula dengan dua Long March 10 akan menghantar angkasa Mengzhou dan Lanyue ke bulan. Di sana kedua-duanya akan cuba berlabuh antara satu sama lain. Langkah akhir ialah menghantar kapal angkasa Mengzhou dengan krew ke bulan bersama Lanyue ke bulan untuk melakukan misi pendaratan angkasawan sebelum 2030. Misi ke bulan China adalah mirip yang digunakan NASA untuk misi Apollo pada tahun 1969.

Garis masa yang dikongsi bergantung kepada kejayaan setiap misi. Sebarang kegagalan akan mengakibatkan misi mengalami kelewatan.
NASA masih merancang menghantar manusia kembali ke permukaan bulan pada tahun 2028 menerusi misi Artemis IV. Ia akan menjadi kali pertama sejak 1971 manusia menjejakkan kaki di permukaan bulan. Misi Artemis telah mengalami beberapa penangguhan kerana kapal Starship yang diibangunkan SpaceX gagal berfungsi seperti diharapkan.