Cinta ditolak, lelaki rempuh gadis, acu pisau dan rogol

by Oh! Semput


6
SHARES
78
VIEWS
Posted on 01 Jun 2017 04:02:18

Polis Kelantan menahan seorang penganggur yang merogol gadis idamannya selepas cintanya ditolak. — Paparan skrin GooglePolis Kelantan menahan seorang penganggur yang merogol gadis idamannya selepas cintanya ditolak. — Paparan skrin GoogleKOTA BARU, 1 Jun — Geram cintanya ditolak, seorang penganggur merempuh motosikal gadis idamannya, mengugutnya dengan pisau sebelum merogol di dalam kereta.

Lelaki 23 tahun itu yang memandu Proton Wira melanggar motosikal gadis 21 tahun dari belakang dalam insiden kira-kira 7 petang Khamis lepas, lapor Kosmo!.

Suspek memberhentikan kenderaan, kemudian mengacu pisau ke leher mangsa dan mengheretnya ke dalam kereta sebelum menuju ke kawasan semak di Bachok.

“Mangsa kemudian dirogol suspek di dalam kereta tersebut di kawasan semak itu,” kata pemangku ketua polis Kelantan SAC Din Ahmad. 

Tambahnya, gadis itu kemudian dibawa ke sebuah hotel murah di Tanjung Mas di sini, namun mangsa berjaya melepaskan untuk mendapatkan bantuan orang awam.

“Suspek dipercayai bertindak demikian selepas mangsa menolak cintanya,” katanya dalam sidang media semalam.

Lelaki itu positif dadah jenis amphethamine, atau syabu, dan direman lima hari sehingga Jumaat ini.

Mangsa menerima tujuh jahitan di betis akibat luka ketika bergelut di dalam kereta, sementara suspek pula luka di tangan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts