by Oh! Semput
Anthropic mengumumkan Claude Code Desktop kini menyokong iOS Simulator, sekali gus memudahkan pembangun membina, menjalankan dan menguji aplikasi iPhone tanpa perlu bertukar antara beberapa tetingkap.
Melalui ciri baharu ini, iOS Simulator akan dipaparkan dalam satu panel di sebelah perbualan bersama Claude. Apabila Claude membina, memasang, melancarkan atau menguji aplikasi, panel tersebut akan dibuka secara automatik dan memaparkan skrin simulator secara langsung.
Claude Code on desktop now works with the iOS simulator.
Build and run your iOS app, and the simulator opens in a panel right next to your conversation. Available today in public beta. pic.twitter.com/su4IguzPVb
— ClaudeDevs (@ClaudeDevs) July 21, 2026
Claude juga boleh melihat aplikasi ketika ia sedang berjalan, berinteraksi dengannya dan melakukan penambahbaikan secara berulang sehingga tugasan selesai. Pada masa yang sama, pengguna masih boleh mengendalikan simulator sendiri tanpa mengganggu proses yang sedang dijalankan oleh Claude.
Menurut Anthropic, panel simulator ini mengawal iOS Simulator secara terus dan tidak menggunakan ciri computer use. Ini bermakna ia tidak akan mengambil alih skrin atau menutup tetingkap lain ketika digunakan. Namun, jika menggunakan Claude melalui CLI, akses kepada iOS Simulator masih dilakukan menerusi ciri computer use seperti penggunaan tetikus biasa.
Buat masa ini, panel iOS Simulator ditawarkan dalam versi beta awam untuk Claude Code Desktop di macOS dan memerlukan Xcode. Ia tersedia kepada pelanggan pelan Pro, Max dan Team, tetapi belum ditawarkan kepada pengguna pelan Enterprise.
Dalam perkembangan berkaitan, Anthropic turut memperkenalkan ciri baharu dalam Claude Cowork yang membolehkan pengguna mengajar Claude sesuatu kemahiran.
New in Claude Cowork: teach Claude a skill.
Record your screen while you do a task, talk through it as you go, and Claude turns it into a skill it can run again. Find it under Record a skill in the + menu of the Claude desktop app.
Available on Pro, Max, and Team plans. pic.twitter.com/9OgJLOKWzj
— Claude (@claudeai) July 21, 2026
Pengguna hanya perlu merakam skrin sambil menunjukkan cara melakukan sesuatu tugasan serta memberikan penerangan. Claude kemudian akan menukarkan rakaman tersebut kepada satu kemahiran yang boleh digunakan semula pada masa akan datang. Ciri ini boleh diakses menerusi pilihan Record a skill dalam menu “+” aplikasi Claude Desktop, serta tersedia untuk pelanggan pelan Pro, Max dan Team.
{suggest}
Claude Code Kini Boleh Jalankan iOS Simulator Terus Dalam Desktop WISER.MY.