JPDP Menjalankan Siasatan Terhadap Penzahiran Data Pelanggan Maxis Tanpa Kebenaran

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 22 Jul 2026 10:33:55

Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) kini memaklumkan mereka kini menjalankan siasatan terhadap penzahiran data peribadi pelanggan Maxis tanpa kebenaran. Ia turut dimaklumkan yang mana tindakan penguatkuasan sewajarnya akan diambil sekiranya hasil siasatan mendapati berlaku ketidakpatuhan.

Pada masa yang sama, JPDP turut menegaskan yang mana setiap pengawal data hendaklah mematuhi tujuh Prinsip Perlindungan Data Peribadi, termasuk memastikan data peribadi pelanggan dilindungi daripada akses dan penzahiran tanpa kebenaran. Pengawal data turut diingatkan supaya sentiasa memperkukuh langkah keselamatan teknikal dan organisasi, serta pada masa yang sama memastikan infrastruktur penyimpanan data dan sistem rangkaian berada pada tahap keselamatan yang sewajarnya.

Perkongsian ini hadir lanjutan daripada maklumat peribadi melibatkan akaun pascabayar Maxis milik pempengaruh Khairul Aming yang dilihat didedahkan di laman sosial Threads. Maxis sebelum ini mengatakan mereka ambil tindakan terhadap individu yang berkaitan dengan insiden tersebut.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts