‘Londeh’ Marketing Murahan Bob T20, Netizen Puji Tindakan Peninju Jo Ghazali – “Geng Forex Ni Level IQ Memang ‘Low'”

by Oh! Semput


6
SHARES
77
VIEWS
Posted on 22 Jul 2026 10:02:58

Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali mendedahkan tangkap layar perbualannya bersama seorang pempengaruh yang didakwa menawarkan strategi pemasaran berunsurkan drama murahan.

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Johan atau lebih mesra disapa Jojo dilihat menolak tawaran bernilai RM100,000 yang dikemukakan kepadanya.

Advertisement

Menurut Jojo, dia tidak akan sesekali terlibat dalam sebarang drama atau strategi pemasaran yang tidak memberikan manfaat kepada penonton.

“Aku nak ingatkan, jangan sesekali membazir masa melayan marketing atau drama sampah.”

“Masa kita di dunia ini sangat singkat. Daripada kau bazir masa dekat perkara yang dibuat-buat macam ini, pergilah buat benda lain. Selagi ada orang layan, selagi itulah ada orang yang akan buat marketing sampah macam ini.”

Dalam pada itu, Jojo mengakui nilai bayaran bukanlah perkara yang menjadi keutamaannya. Sebaliknya, dia lebih memilih untuk menyampaikan mesej positif kepada para pengikut menerusi setiap tawaran yang diterima.

“Tak kisahlah kau bagi aku RM5, RM10 atau RM100 juta, aku tidak akan buat. Aku tidak akan buat drama yang tak beri faedah kepada orang yang menonton.”

Difahamkan, Jojo ditawarkan untuk berkolaborasi menghasilkan kandungan bersama beberapa pempengaruh lain dengan hanya berpura-pura mencetuskan drama tanpa perlu mempromosikan sebarang produk.

Menjengah ke ruangan komen, tindakan Jojo mendapat pujian netizen yang menyifatkan atlet itu tidak memerlukan kontroversi atau drama pemasaran untuk menaikkan namanya.

Seorang pengguna turut mendakwa strategi berkenaan mungkin mempunyai kaitan dengan usaha menaikkan personal branding sebelum mempromosikan perkhidmatan forex. Bagaimanapun, dakwaan tersebut hanyalah pandangan netizen dan belum dapat dipastikan kesahihannya.

Menurut netizen berkenaan, perjalanan kerjaya Jojo lebih bergantung kepada prestasi dan keputusan setiap pertarungannya di gelanggang, bukannya kandungan sensasi yang dirancang bersama pempengaruh lain.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-07-22 10:42:59

"Ni Influencer Pujaan Korang" - Individu Dakwa Aisar Khaled Ganggu Penumpang Dalam Pesawat, Ditegur Tapi Tak Endah

‘Londeh’ Marketing Murahan Bob T20, Netizen Puji Tindakan Peninju Jo Ghazali – “Geng Forex Ni Level IQ Memang ‘Low'” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts