by Oh! Semput
Anthropic melancarkan model baharu Claude Opus 5 dengan prestasi termaju untuk tugasan pengkodan dan tugas berasaskan pengetahuan. Menurut Anthropic, Opus 5 menawarkan peningkatan ketara berbanding Opus 4.8.

Kos penggunaan sama seperti Opus 4.8 ialah $5 per juta input token dan $25 per juta output token. Ini adalah separuh lebih rendah berbanding kos menggunakan Fable 5. Opus 5 menyasarkan penggunaan untuk kerja-kerja harian dan bukannya untuk beban kerja berat. Antara yang boleh dilakukan ialah kejuruteraan perisian kompleks, automasi perniagaan, dan penyelidikan saintifik.
Dari sudut keselamatan, ia model dengan kadar tingkah laku mengelirukan lebih rendah. Ia turut Kurang berbahaya dalam keselamatan serangan siber ofensif berbanding Mythos 5. Sekiranya mengesan percubaan untuk menggunakannya bagi tujuan tidak selamat, Anthropic akan segera mengubah kepada model Opus 4.8
Claude Opus 5 kini boleh digunakan oleh pelanggan Claude Max dan Claude Pro hari ini.