‘Satu Dalam Sejuta’, Lelaki Sarawak Ini Antara Manusia Miliki Darah Terpaling Jarang Ditemui Di Dunia

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 24 Jul 2026 07:30:37

Tergolong dalam kelompok ‘satu dalam sejuta’, seorang lelaki Bidayuh bernama Mak Nyortes, 52, dari Kampung Bogag, Bau, Sarawak disahkan memiliki kumpulan darah Bombay (hh phenotype) yang merupakan kumpulan darah paling jarang ditemui di dunia.

Kebenaran ini disahkan selepas ujian lanjut ke atas darah itu dibuat hospital pada November 2025.

Walaupun kelihatan seperti darah O dalam ujian biasa, pemeriksaan makmal khusus diperlukan untuk mengesahkannya.

Secara amnya kumpulan darah setiap individu diklasifikasikan mengikut sistem ABO dan Rh dimana ia dibahagikan kepada kumpulan A, B, O dan AB Rh positif atau Negative.

Individu yang memiliki kumpulan darah jarang jumpa seperti darah Bombay hanya boleh menerima darah dari kumpulan penderma darah yang sama sahaja.

Ini kerana jika mereka menerima darah daripada kumpulan penderma yang berbeza ia boleh mengakibatkan reaksi darah akut yang boleh membahayakan nyawa pesakit tersebut.

Maka, pemilik darah Bombay langsung tidak boleh menerima darah jenis A, B, AB, atau O.

Berdasarkan info daripada Pusat Darah Negara Kementerian Kesihatan Malaysia, darah jenis Bombay lebih kerap ditemui di kalangan masyarakat berbangsa India.

Jadi,  jika berlakunya kecemasan, Mak hanya boleh menerima transfusi daripada individu yang mempunyai darah Bombay yang sama sahaja.

Di Malaysia, dianggarkan cuma ada 20 individu dengan darah jenis ini, manakala di seluruh dunia ia hanya dimiliki sekitar 4 juta orang sahaja.

Justeru, Bank Darah Hospital Umum Sarawak menyeru orang ramai agar kerap menderma. Kerana di sebalik setiap titisan darah, ada nyawa berharga yang menanti untuk diselamatkan.

{suggest}

‘Satu Dalam Sejuta’, Lelaki Sarawak Ini Antara Manusia Miliki Darah Terpaling Jarang Ditemui Di Dunia WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts