Cloudflare Memperkenalkan Dompet Digital Dalam Memudahkan Ejen AI Melakukan Pembayaran

by Oh! Semput


4
SHARES
51
VIEWS
Posted on 05 Aug 2026 14:00:42

Dengan perkembangan AI berejen yang melakukan sejumlah tugasan untuk pengguna, salah satu kekangan pada masa kini adalah dalam mengarahkan ia melakukan pembayaran secara terkawal. Untuk usaha berkenaan, kini Cloudflare hadir dengan penawaran mereka, Cloudflare Wallet dan juga Cloudflare Pay.

Perkhidmatan ini disediakan dalam memudahkan pengguna menetapkan perbelanjaan untuk ejen AI, sekaligus memudahkan ejen AI melakukan pembelian dan pembayaran secara automatik untuk pihak manusia.

Melalui Cloudflare Wallet, pengguna boleh tetapkan had perbelanjaan untuk setiap ejen berbeza, selain menetapkan pekedai dan peruncit yang disahkan untuk melakukan pembayaran, serta menetapkan had setiap transaksi. Penawaran ini juga menyediakan era AI berejen untuk arena edagang dan lain-lain.

Bagi anda yang berminat, boleh melakukan tempahan nama pengguna di laman Cloudflare Pay hari ini, sebelum ciri ini diperkenalkan secara meluas tidak lama lagi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts