Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 05 Nov 2026 11:00:14

Microsoft kini menguji ciri cloud connect untuk Xbox Nano Controller. Ciri ini membolehkan controller tersebut bersambung terus ke server Xbox Cloud Gaming melalui Wi-Fi, tanpa perlu dipasangkan dengan TV menerusi Bluetooth.

Menurut Xbox Wire, input daripada controller akan dihantar terus ke server cloud yang menjalankan permainan, sekali gus boleh membantu mengurangkan input latency.

Ciri tersebut kini dibuka secara preview kepada ahli Xbox Insider di Amerika Syarikat, khusus untuk Smart TV dan pelayar web yang disokong. Xbox turut mengakui cloud connect masih dalam ujian awal dan belum berfungsi pada semua platform Xbox Cloud Gaming.

Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi

Untuk menggunakannya, pengguna perlu menetapkan controller melalui aplikasi Xbox beta di Android atau Xbox Accessories di PC, lalu menyambungkannya ke rangkaian Wi-Fi. Selepas itu, pengguna perlu log masuk ke Xbox Cloud Gaming menggunakan akaun Xbox yang sama.

Ketika diumumkan pada Oktober lalu, Xbox Nano Controller hanya dipromosikan dengan sokongan Xbox Wireless dan Bluetooth. Bagaimanapun, dokumen pengawal selia telekomunikasi Brazil, Anatel, yang tersebar pada Mei lalu sudah pun menyenaraikan sokongan Wi-Fi, Bluetooth 5.3 dan bateri 500mAh untuk controller berkenaan.

Konsep sambungan terus ke cloud ini hampir sama dengan pendekatan yang pernah digunakan oleh controller Google Stadia dan Amazon Luna.

Xbox Nano Controller merupakan controller terkecil Xbox setakat ini. Panjangnya sekitar 13cm dan beratnya kira-kira 99 gram. Ia dijual pada harga AS$49.99 (~RM202) di pasaran terpilih bermula 4 November.

Selain cloud connect, Xbox turut menguji ciri yang membolehkan telefon Android atau iOS dijadikan controller untuk Xbox Cloud Gaming di Smart TV yang disokong. Kawalannya dibuka melalui pelayar telefon, dan sesetengah permainan turut menyediakan kawalan khas.

Bagi pengguna di Malaysia, kedua-dua ciri ini belum boleh digunakan kerana Xbox Cloud Gaming masih belum ditawarkan secara rasmi di negara ini. Xbox Nano Controller juga tidak termasuk dalam pelancaran awal untuk pasaran Malaysia.

{suggest}

Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts