MDEC Dalam Proses Batal Status Malaysia Digital Terhadap Pengendali Network School

by Oh! Semput


7
SHARES
87
VIEWS
Posted on 22 Jul 2026 07:30:21

Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) mengambil tindakan segera untuk membatalkan status Malaysia Digital terhadap NSO Malaysia yang mengendalikan Network School di Forest City, Iskandar Puteri, Johor.

Memetik laporan Bernama, MDEC menyatakan tindakan itu dibuat susulan pihaknya mengambil maklum keputusan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) yang membatalkan lesen perniagaan NSO.

Menurutnya, syarat-syarat yang ditetapkan bagi status Malaysia Digital mewajibkan sesebuah syarikat memperoleh permit dan lesen yang berkaitan untuk menjalankan aktiviti yang diluluskan serta mematuhi semua peraturan selain syarat pelesenan yang berkuat kuasa.

“Pembatalan lesen perniagaan NSO merupakan suatu ketidakpatuhan terhadap syarat ini. Sehubungan itu, MDEC sedang mengambil tindakan segera untuk membatalkan status Malaysia Digital terhadap NSO,” jelasnya.

Pada masa sama, MDEC mengalu-alukan pelaburan digital berkualiti ke Malaysia. Namun, pematuhan sepenuhnya terhadap undang-undang dan peraturan Malaysia tidak boleh dikompromi.

Terdahulu, MBIP mengenakan Notis Henti Niaga terhadap NSO berkuat kuasa hari ini (22 Julai 2026) susulan ketidakpatuhan terhadap syarat pelesenan dan penggunaan premis di bawah bidang kuasa pihak berkuasa tempatan.

KENYATAAN MEDIA
PEMBATALAN LESEN PERNIAGAAN DAN ARAHAN PENGHENTIAN OPERASI NS0 MALAYSIA SDN. BHD. (NETWORK SCHOOL) DI FOREST CITY

1. Kerajaan Negeri Johor mengambil maklum dan menyokong sepenuhnya keputusan Mesyuarat Penuh Khas Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) untuk… pic.twitter.com/WWidMMHLQd

— Onn Hafiz Ghazi (@onnhafiz) July 21, 2026

Sebelum ini, tular di media sosial berhubung dakwaan yang mengaitkan kewujudan Network School di Forest City dengan agenda Israel untuk bertapak secara senyap di negara ini menerusi pelaburan mata wang.

{suggest}

MDEC Dalam Proses Batal Status Malaysia Digital Terhadap Pengendali Network School WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts