David Teo Tidak Akan Ambil Tindakan UndangUndang Terhadap Mat Over

by Oh! Semput


8
SHARES
101
VIEWS
Posted on 18 May 2017 02:01:38

Ditampar secara langsung di hadapan orang ramai termasuk Perdana Menteri Malaysia, adalah situasi yang agak memalukan buat David Teo. Impak daripada kejadian tersebut, beliau turut dikecam oleh sesetengah netizen.

David akui beliau tidak sangka Mat Over boleh bertindak sebegitu. Namun, David memberitahu beliau sudah memaafkan Mat Over dan tidak merencana untuk mengambil sebarang tindakan undang-undang berhubung insiden tersebut.

Tiba-tiba saja dia meluru serta menampar saya. Saya hanya mempersoalkan tindakan Rosyam tidak menggunakan pentas bulat itu dengan sepenuhnya dan hanya fokus satu arah di depan saja sedangkan saya juga mahu bertanyakan soalan kepada Perdana Menteri. Saya tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang dan sudah memaafkannya.

Apa yang berlaku tidak mungkin dapat di ubah. Kejadian memalukan dan mengecewakan ini sekaligus mencalar imej penggiat seni tanah air. Bak kata pepatah, kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Harapnya dengan kejadian ini ia dapat menjadi pengajaran agar perkara yang sama tidak berulang lagi.

Berita : Harian Metro

: Beautifulnara

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts