by Oh! Semput
Seorang wanita didenda RM2,800 oleh Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka pada Isnin selepas mengaku bersalah memiliki gambar dan video lucah di dalam telefon bimbitnya.
Tertuduh, Puteri Norfatimah Ishak, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur Afiqah Radhiah Zainurin.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati memiliki gambar dan video lucah yang disimpan dalam sebuah telefon bimbit jenis iPhone di tepi Jalan Ayer Keroh Lama, dalam daerah Melaka Tengah, kira-kira jam 4 petang pada 11 Januari 2026.

Berdasarkan fakta kes, pengadu sebelum itu menerima satu rakaman video daripada kakaknya pada Disember tahun lalu yang dihantar menggunakan nombor telefon dipercayai milik tertuduh.
Video berkenaan didakwa memaparkan pengadu sedang melakukan hubungan seks dengan bekas suami tertuduh dan dipercayai dirakam tanpa pengetahuan atau persetujuan mangsa.
Tertuduh juga didakwa menyebarkan rakaman tersebut kepada beberapa ahli keluarga terdekat pengadu sebelum mangsa membuat laporan polis kerana tidak berpuas hati dan berasa teraniaya dengan tindakan itu.
Di mahkamah, tertuduh yang tidak diwakili peguam dilihat menangis ketika merayu agar hukuman terhadapnya dikurangkan.
Wanita itu turut mengakui kesilapannya dan memaklumkan tindakannya dibuat ketika berada dalam keadaan emosi selepas baru mengalami keguguran, selain perlu menanggung kedua-dua ibu bapanya.
Bagaimanapun, pihak pendakwaan memohon hukuman berat sebagai pengajaran kerana kesalahan itu melibatkan penyebaran bahan lucah membabitkan individu yang dikenal pasti.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,800 atau penjara enam bulan sekiranya tertuduh gagal membayar denda. Mahkamah turut memerintahkan barang kes dilupuskan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Dedah Rakaman Video Luc*h Bekas Suami Dengan Skandal, Wanita Didenda RM2,8000 first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.