Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 03 Nov 2026 11:00:11

ASUS telah memperkenalkan ROG NUC 16 Edition 20, sebuah mini PC berprestasi tinggi yang menggabungkan kuasa gaming kelas desktop dalam casis ultra kompak bersaiz hanya 3 liter.

Dari segi spesifikasi, ROG NUC 16 Edition 20 dikuasakan oleh pemproses Intel Core Ultra 9 290HX yang dipadankan dengan GPU NVIDIA GeForce RTX 5090 Laptop berasaskan seni bina Blackwell.

Kombinasi ini membolehkan pengguna menikmati prestasi tinggi untuk pelbagai multi tugas termasuklah permainan AAA, penyuntingan video, kerja pemodelan 3D serta tugasan AI.

Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
ROG NUC 16 Edition 20 tampil sebagai PC mini edisi khas yang menampilkan casis separa lutsinar berwarna gelap, dengan perincian emas premium serta sentuhan warna merah.

Mini PC ini turut menyokong sehingga 128GB memori DDR5-6400 dan storan SSD PCIe Gen 5, menawarkan kelajuan pemprosesan data yang sangat pantas untuk pengguna profesional dan pemain tegar.

Bagi memastikan suhu kekal terkawal, ASUS melengkapkannya dengan sistem penyejukan tiga kipas, ruang wap (vapor chamber) serta kipas khusus untuk RAM.

Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759

Selain itu, ia turut dilengkapi dengan sambungan Wi-Fi 7, Bluetooth 5.4 dan reka bentuk mesra naik taraf menerusi akses tanpa alat untuk RAM serta SSD.

Jadi, bagi mereka yang berkemampuan dan mahukan sebuah PC yang tersedia dilengkapi GPU berprestasi pusat data, anda bolehlah membeli ROG NUC 16 Edition 20 yang berharga RM38,759.

Ini kerana, semakan terkini menunjukkan, kad grafik RTX 5090 kini dijual lebih daripada RM30,000

{suggest}

Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts