by Oh! Semput

Pray for #manggoshakeBP
Seperti biasa setiap tahun kami berniaga di expo raya. Ini tahun ke 6 bagi kami, tahun ini lokasi kami di khemah no 7 & 8.

Hanya sebahagian kecil kami sediakan ruang untuk jualan manggoshake. Seperti tahun-tahun yang lalu kami buka meja untuk menjual jeruk penang dan ada buah potong depan khemah kami. Tahun ini belum buat lagi sebabnya ruang yang ada tidak besar. Stok sudah ada.
Sambutan luar biasa pembeli manggoshake setiap malam sejak kami beroperasi. Mungkin di sebabkan manggo shake ini pernah viral sebelum ini.
Suatu hari staff anta gambar pada whatsapp wife saya banner kami di tapak ada tompokan air tanah. Saya sendiri ada posting di wall FB, busines ini sudah ada yang iri hati.


pihak MPBP membuat operasi dan mengeluarkan notis arahan “hentikan perniagaan minuman manggo shake” di tapak expo no 7. Kami bertanyakan mereka apakah kesalahan kami sampai di arahkan tutup. Jawapan mereka di sini tak boleh berniaga minuman & makanan di expo raya. Saya bertanya mereka, saya seorang sahaja ke yang di beri amaran. Orang lain tak ada?
Mereka menjawab. Lot ini dan depan sahaja kami terima aduan. Untuk lot hadapan kesalahan mereka merosakan landskap MPBP dan membuka awning sehingga mengganggu operasi cafe di situ.

4.6.2017
Pegawai MPBP hadir ke khemah kami, dia kata kenapa masih beroperasi sedangkan notis amaran sudah di keluarkan, dan kami tidak hadir ke pejabat untuk berbincang. Pada malam tersebut kami terus membuat rayuan kerana pegawai yang hadir tersebut ada pegang jawatan dan kami mohon untuk pertimbangkan. Pegawai tersebuat mohon kerjasama untuk kami berpindah di lot kaki lima OMry trading.
Kami akur untuk berpindah dengan syarat pihak tuan punya gerai membenarkan. Sebabnya setiap tahun kami tahu memang sudah ada peniaga akan sewa di sana. Pegawai tersebut beritahu takpa soal dengan pemilik, saya uruskan.
Malam tersebut kami pasang wiring lampu, bawa meja & banner. Supaya ke esokan hari kami dapat beroperasi di tempat baru. Jam 12 malam kami mahu kemas barang, hadir pemilik tempat tersebut Tuan Haji Salleh bertanya kepada kami. Siapa benarkan kamu berniaga di sini? Kami beritahu nama pegawai MPBP tersebut yang arahkan untuk kami berpindah berniaga sebabnya dekat khemah kami tidak boleh berniaga. Tuan Haji tu beritahu, tapak ini sudah ada penyewa. Kami mohon maaf dan kami angkut semula semua peralatan.
5.6.2017
Keesokan hari, kami hadir kepejabat untuk berunding. Kami sudah tahu dengan siapa mahu rujuk perkara ini dan mempunyai kuasa, sampai di hadapan pejabat MPBP, hajat untuk jumpa pegawai berkenaan terhenti kerana kami jumpa pegawai semalam. Dan kami berunding dihapan pintu sahaja. Kami beritahu tempat yang di arah pindah itu sudah bertuan, pegawai berkenaan kata buat surat rujuk kepada Yang Dipertua Majlis.

6.6.2017
Surat sudah siap ditaip untuk dihantar. Tetapi surat itu kami rasa belum cukup kuat untuk kami rujuk ke MPBP. Kami rasakan perlu surat sokongan seperti dari persatuan. Belum sampai surat itu ke pejabat MPBP, malam tersebut mereka telah hadir untuk buat operasi sitar barang perniagaan kami kerana kamk masi beroperasi. Sedikit pertelingkahan berlaku pada malam tersebut kerana staff kami mempertahankan untuk tidak di sita, apa tindakan tunggu bos kami sampai.
Setiba di sana, saya berunding untuk tidak sita barang perniagaan. Kami di kenakan kompaun Rm500 pada malam tersebut.

Kami hadir ke pejabat MPBP bersama 3 surat sokongan.



Alasan mereka, kami cuma terima aduan khemah no 7.Khemah kamu ramai orang sampai ganggu operasi perniagaan orang lain.
Perkara INILAH saya ambil tindakan untuk istihar Perang di media sosial kerana ketidakadilan & penguatkuasaan berat sebelah. MATA melihat perlakuan mereka. Ini saluran yang saya ada buat masa ini.
Jika tiada juga penguatkuasaan secara ADIL. Sy akan buat surat terbuka kepada pihak tersebut.
Dalam busines untung ibarat sabut timbul. Untung batu tenggelam. Belum cerita hujan dan panas, KAMI cuma berniaga sebulan sahaja.
#mpbp #viral
BACA JUGA: Gambar Romantis Sekitar Bulan Madu Mawar Rashid Bersama Teman Lelaki di Luar Negara