by Oh! Semput
Seiring pengenalan cip M6 dan M5 Ultra, Apple turut memperkenalkan Mac mini baharu yang dikuasakan cip M6 dan M5 Pro. Mac mini generasi baharu ini hadir dengan peningkatan prestasi, khususnya untuk tugasan kecerdasan buatan (AI), selain prestasi CPU dan grafik yang lebih tinggi berbanding generasi sebelumnya.

Bagi model dengan cip M6, Apple mendakwa Mac mini baharu menawarkan sehingga 4 kali ganda prestasi AI, sehingga 2 kali ganda prestasi grafik dan storan, serta 40% lebih pantas dari segi CPU berbanding Mac mini dengan M4.
Mac mini dengan M6 menggunakan CPU 12-teras dan GPU 12-teras, dengan setiap teras GPU dilengkapi Neural Accelerator. Ia turut mempunyai Neural Engine baharu dengan Dual 16-core Neural Engine.

Model ini hadir dengan 16GB RAM sebagai model asas dan boleh dikonfigurasi sehingga 32GB, manakala lebar jalur memori mencecah 170GB/s.
Bagi model yang lebih berkuasa, Mac mini dengan M5 Pro hadir dengan CPU sehingga 18-teras dan GPU sehingga 20-teras. Neural Accelerator pada setiap teras GPU turut membantu mengendalikan tugasan AI yang lebih berat.
Mac mini M5 Pro menyokong sehingga 64GB RAM dengan lebar jalur memori sehingga 307GB/s.

Dari segi sambungan, kedua-dua model menyokong Wi-Fi 7, Bluetooth 6 dan Ethernet 2.5Gb, dengan pilihan Ethernet 10Gb.
Mac mini dengan M6 dilengkapi tiga port Thunderbolt 4, manakala model M5 Pro menggunakan tiga port Thunderbolt 5. Kedua-duanya turut mempunyai dua port USB-C di bahagian hadapan serta bicu fon kepala.
Apple menyatakan Thunderbolt 5 pada model M5 Pro membolehkan beberapa unit Mac mini digabungkan untuk menjalankan model AI berskala besar sepenuhnya pada peranti. Sokongan genlock melalui USB-C pula membolehkan synchronisation tepat antara paparan dan kamera, termasuk iPhone 17 Pro.
Mac mini baharu ini turut hadir dengan macOS 27 yang membawa penambahbaikan kepada AirDrop, Safari, Spotlight, Photos, Mail, Apple Maps, Notes dan Podcasts.
Di Malaysia, Mac mini dengan M6 bermula RM3,799, manakala model dengan M5 Pro bermula RM7,499.
Bagi harga pendidikan pula, Mac mini M6 bermula RM3,399, sementara model M5 Pro bermula RM7,099.
Prapesan akan dibuka mulai 27 Ogos 2026 melalui apple.com/my/store dan aplikasi Apple Store, dengan ketersediaan di Apple Store dan Apple Authorised Resellers bermula 22 September 2026.
{suggest}
Mac mini Dengan Cip M6, M5 Pro Kini Rasmi – Harga Bermula RM3,799 WISER.MY.