Derma RM40 Dapat Makan Durian Sejam

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 10 Aug 2017 09:00:29

Buah durian merupakan buah yang paling diminati dan membuatkan orang ternanti-nanti akan musim buah itu. Ada yang sanggup datang dari jauh hanya kerana ingin merasai ‘raja’ buah kerana bukan mudah untuk mendapatkannya jika musim buah itu sudah berakhir.

BACA: Kisah Kami Yang Terjah Kendurian Di Shah Alam

Oleh yang demikian, pihak Persatuan Impian Kanak-kanak Malaysia (CWS) bekerjasama dengan The Summit USJ akan menganjurkan satu program amal iaitu Program Amal Jom Durian. Ia akan berlangsung pada 19 hingga 20 Ogos ini bertempat di The Summit USJ, Subang Jaya.

Tujuan program amal itu diadakan ialah bagi memenuhi impian kanak-kanak yang menderita penyakit kronik di CWS. Orang ramai hanya perlu menderma sebanyak RM 40 dan berpeluang untuk menikmati buah durian serta buah-buahan tempatan lain yang ada selama satu jam.

Gambar sekadar hiasan

“Pada 19 Ogos ini sesi dibuka kepada sektor korporat yang ingin menyumbang dengan membeli meja berharga RM5,000 atau RM10,000. Sebanyak 60 meja menghidangkan durian Musang King pada program hari pertama,” kata Pengerusi Perbadanan Pengurusan The Summit USJ, Wong Khim Chon yang menjangka program kali ke-10 ini lebih meriah daripada yang sebelumnya.

“Orang ramai pula boleh sertai aktiviti makan durian pada 20 Ogos sama ada sesi antara jam 12 hingga 1 tengahari atau sesi kedua 1.30 hingga 2.30 petang, durian pelbagai jenis akan dihidangkan,” tambahnya.

Gambar sekadar hiasan

Selain itu, Pemangku Presiden CWS Teoh Teik Hoong turut memberitahu bahawa lapan tan durian dan juga buah-buahan tempatan lain disediakan untuk peserta program amal berkenaan.

Bahkan, pencinta durian boleh memakan durian sebanyak mana yang mereka mahu selama satu jam itu seterusnya dapat menyumbang kepada persatuan tersebut.

Gambar sekadar hiasan

“Kita harap dapat kutip lebih banyak dana menerusi program amal terbesar di negara ini sekaligus menunaikan lebih banyak impian kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik,” katanya.

“Untuk keterangan lanjut mengenai program orang ramai boleh berhubung ditalian 0123288557 atau Wivien ditalian 019-319 2083 ,” ujarnya sambil mengakhiri perbualan.

Gambar sekadar hiasan

Apa salahnya jika makan sambil beramal kepada mereka yang memerlukan. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik dari yang menerima.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Keuken No.8 | Bandung Part II

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts