Didakwa Kumpul Wang Untuk Ikat Jamin Suami, Azar Azmi Bersuara – “Saya Tak Pernah Keluarkan…”

by Oh! Semput


5
SHARES
71
VIEWS
Posted on 08 Jul 2026 06:32:43

Pelakon Azar Azmi memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status terkini suaminya, Mohd. Apri Hazreen Mohd. Sapri yang kini berdepan dua pertuduhan di mahkamah membabitkan dakwaan penipuan.

Menurut Azar atau nama penuhnya Siti Azar Ameerah Azmi, pendirian itu dibuat bagi menghormati prosiding mahkamah yang masih berjalan.

Advertisement

“Bab itu memang saya tak boleh nak cakap apa-apa. Sebelum hadir ke mana-mana acara atau berjumpa dengan sesiapa, saya sendiri akan hubungi pihak yang tertentu sekiranya kalau soalan-soalan begini untuk dijawab.

“Jadi, memang tak boleh nak sentuh langsung sebab saya serahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa sebab di bawah kuasa mereka.

“Sebab kes ini masih lagi berjalan dan ini saja yang boleh dikongsi,” katanya kepada Kosmo! Online.

Dalam pada itu, Azar turut menafikan dakwaan kononnya dia mengumpul wang bagi mengikat jamin suaminya.

“Kenyataan yang mana itu? Saya tak pernah keluarkan dan salah dakwaan itu.

“Sekarang ini hanya fokus untuk membesarkan anak-anak,” katanya.

Berkongsi perkembangan kerjayanya, Azar bakal kembali menghiasi kaca televisyen menerusi drama Bulan Henti Bicara bersama Azhan Rani, Ezzanie Jasny dan Ali Redza.

Dia mengakui berasa gemuruh untuk kembali berlakon selepas beberapa tahun meninggalkan dunia lakonan.

“Gementar tetapi alhamdulillah masih ada lagi tempat untuk saya dalam industri ini.

“Memang agak kekok tetapi pengarah banyak beri tunjuk ajar sebab lama saya tinggalkan dunia lakonan dan perlu diasah semula,” ujarnya.

Drama arahan Eyra Rahman itu dijadualkan bersiaran menerusi slot Megadrama Astro bermula 27 Julai ini.

Terdahulu, Mohd. Apri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen dan Majistret Seremban atas dua pertuduhan menipu membabitkan urusan mendapatkan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran Datuk serta penjualan tanah kurnia yang tidak wujud, melibatkan kerugian ratusan ribu ringgit.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-07-08 12:33:21

Dikecam Buat 'Live' Bersama Memey Suhaiza, Marissa Dania Pertahan Diri - "Saya Datang, Buat Kerja"

Didakwa Kumpul Wang Untuk Ikat Jamin Suami, Azar Azmi Bersuara – “Saya Tak Pernah Keluarkan…” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts