Didakwa ‘Wahhabi’, mufti Wilayah ajak Zamihan bertemu

by Oh! Semput


7
SHARES
96
VIEWS
Posted on 12 Jun 2017 06:01:05

Datuk Zulkifli Mohamad Al-Bakri melihat anak bulan Syawal melalui teropong di Menara Kuala Lumpur, 5 Julai 2016. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 11 Jun — Mufti Wilayah Persekutuan mengajak presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja) berbincang bagi merungkai dakwaan "penyelewengan" dan isu "Wahhabi". 

Datuk Zulkifli Mohamad al-Bakri mahu bertemu Zamihan Mat Zin berkaitan isu "haram membaca surah al-Fatihah selepas solat", lapor Utusan Online.

Beliau berkata kenyataan Zamihan tersasar dari maksud sebenar dan tidak menggambarkan pendiriannya.

“Kami mempersilakan ustaz Zamihan untuk datang ke pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi merungkai salah faham dan isu-isu yang dibangkitkan, yang sedikit sebanyak mencalarkan imej kami selaku mufti Wilayah Persekutuan,” katanya.

Zulkifli menganggap salah faham Zamihan akibat tidak membaca keseluruhan artikel beliau, sebaliknya bergantung kepada maklumat di media sosial.

Tambah mufti itu, beliau juga sedia menarik sebarang kenyataan sekiranya Zamihan dapat membuktikan pendapatnya tidak tepat.

Zamihan mengadakan pembentangan “Penyelewengan mufti Wilayah Persekutuan dan kaitannya dengan ajaran Wahhabi” pada 8 Jun lalu kepada Majlis Agama Islam Selangor (Mais). 

Foto yang didakwa sesi pembentangan itu menular di media sosial sehingga mendorong majlis agama berkenaan bercadang mengambil tindakan kepada pembocornya. 

Pengerusi Mais berkata maklumat sesi pembentangan itu tidak boleh dibocorkan kepada orang ramai, lapor Selangorkini.

Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata maklumat itu "sulit" dan seharusnya dilindungi.

"Mais tidak ada buat apa-apa tindakan [terhadap mufti], cuma kita akan ambil tindakan terhadap mereka yang terlibat menghebohkannya.

"Sepatutnya maklumat berkenaan tidak dibocorkan sebab itu adalah rahsia," katanya kelmarin seperti dilaporkan.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts