KECOH di media sosial apabila satu rakaman video memaparkan seorang gadis mahu memberikan telefon bimbit jenis iPhone 7 kepada netizen selepas diherdik rakan-rakannya.
Gadis yang dikenali sebagai Siti Suriani itu berkata, dia baru sahaja membeli telefon bimbit tersebut baru-baru ini tetapi dikatakan ketinggalan zaman.
Menurutnya, akibat tidak puas hati, dia mahu memberikan telefon bimbit tersebut secara percuma selepas membeli telefon iPhone 7 plus yang baru.
“Tapi macam tak puas hati pula sebab I seorang yang pakai iPhone 7.
“Kawan I kata, zaman bila pakai iPhone 7? Mereka semua pakai iPhone 7 plus ,” katanya dalam video berdurasi 50 saat itu.
Katanya, orang ramai yang mahukan telefon bimbit iPhone 7 secara percuma boleh menghubungi melalui kapsyen dalam video yang tersebar di laman sosial.
“Kalau nak boleh whatsap, I dah letak nombor telefon di kapsyen,” katanya.
Video berkenaan menjadi viral di media sosial dan netizen menganggap gadis ini mempunyai masalah mental.
Tidak kurang juga menganggap perkongsian video oleh Sure Gempak ini sebagai satu cara perniagaan untuk menarik perhatian netizen.
Ada netizen yang menganggap gadis ini tidak matang dalam tindakannya.
“Nanti dia dah tua, tengok balik video ini, mesti malu dengan video ini. Mesti malu dengan diri sendiri. Sementara tunggu tempoh matang, begini lar kan,” kata Wan Shahida Nazeri dalam Facebook.
Video berkenaan ditonton hampir 637,000 dan dikongsi 2,310 kali di laman sosial Facebbok sejak dimuat naik.
ROMPIN: Keputusan 65 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Rompin kembali kepada UMNO dilihat sebagai petunjuk bahawa sokongan akar umbi di daerah ini semakin kembali kepada parti berkenaan.Mereka ialah bekas calon Perikatan Nasional (PN) bagi Dew
Polis mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung satu video tular yang memaparkan seorang pembantu rumah warga asing dipercayai menjadi mangsa penderaan oleh beberapa individu di sebuah kediaman yang dipercayai terletak di Taman Daya.Ketua Polis J
Lapan buah rumah serta sebuah motosikal musnah sepenuhnya dalam kebakaran yang berlaku di Kampung Seberang Alor, Perkampungan Diraja Kuala Perlis, awal pagi tadi.Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Nor Ahmad Zaki Ashrafi Nor Azli berkata,
Industri sawit negara berdepan cabaran dan peluang dalam landskap ekonomi global yang sentiasa berubah, termasuk risiko cuaca El Nino yang dijangka memberi kesan kepada pengeluaran komoditi pertanian.FELCRA Berhad menegaskan keadaan itu memerlukan tumpua
Dakwaan bahawa Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan pengasas Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tidak tepat dan cubaan untuk memesongkan fakta sebenar sejarah penubuhan gabungan politik tersebut.Bekas Ketua Penerangan Bersatu yang
Seorang lelaki etnik Rohingya ditahan selepas cuba melarikan diri ketika operasi penguatkuasaan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Guar Kepayang, petang semalam.Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, lelaki berkenaan dipercayai bertindak
Seorang nelayan orang kurang upaya (OKU) penglihatan maut selepas dipercayai dipukul menggunakan batang pokok bakau dalam satu pertengkaran yang berlaku ketika kerja-kerja pembaikan rumah di Felda Umas, dekat sini, kelmarin.Mangsa, Mohamad Sukry Mobing,
Menurut kenyataan Jabatan Perlindungan Data Peribadi Kementerian Digital:Dimaklumkan bahawa gerbang pembayaran bagi urusan bayaran Perakuan Pendaftaran Pengawal Data melalui Sistem Perlindungan Data Peribadi (SPDP) telah beralih ke
Syarikat kecerdasan buatan terkemuka, Anthropic, mengesahkan terpaksa menutup akses serta-merta kepada model AI andalannya, Fable 5 dan Mythos 5, susulan arahan kawalan eksport mengejut daripada kerajaan Amerika Syarikat atas faktor keselamatan negara.Pe
Maestro muzik tanah air, Datuk M. Nasir dan syarikat miliknya, Luncai Emas Sdn Bhd telah memfailkan saman terhadap MyTeksi Sdn. Bhd. berhubung dakwaan penggunaan nama serta jenama beliau tanpa kebenaran dalam satu kempen pengiklanan minuman di platform mi