Dua diikat di batang kelapa, disyaki curi di sekolah agama

by Oh! Semput


6
SHARES
76
VIEWS
Posted on 03 Jun 2017 04:00:14

Remaja dan lelaki awal 30-an diikat penduduk selepas mengaku mencuri kelapa di sekolah agama di Batu 7 Lekir, Perak 2 Jun 2017. — Foto ihsan Facebook/DTTB Remaja dan lelaki awal 30-an diikat penduduk selepas mengaku mencuri kelapa di sekolah agama di Batu 7 Lekir, Perak 2 Jun 2017. — Foto ihsan Facebook/DTTB SITIAWAN, 3 Jun — Dua pencuri menyangka dapat kelapa “percuma” dengan tali ini, rupa-rupanya tali itu pula digunakan untuk mengikat mereka semalam.

Suspek belasan tahun dan awal 30-an diikat penduduk selepas mengambil beberapa tandan di sekolah agama di Batu 7 Lekir dekat sini, lapor portal Berita Harian.

“Di dalam kereta itu, sudah ada beberapa tandan kelapa namun saya tidak pasti buah itu diambil di kampung ini atau tempat lain,” kata Mohd Yaacob Hashim.

Beliau, bekas ketua kampung, bersama 10 penduduk mengikat dua lelaki itu pada sebatang kelapa dengan tali yang mereka gunakan untuk menurunkan buah.

Tindakan itu diambil setelah suspek mengaku mencuri, kata Mohd Yaacob kepada akhbar itu dengan menegaskan kedua-duanya tidak dikasari.

“Kami ikat dua lelaki itu sementara menunggu polis tiba dan tidak memukul atau mencederakan mereka kerana mahu pihak polis yang mengambil tindakan,” katanya.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts