Ara Dilabel ‘Cacat’ Gara-Gara Sering Berdukung Dengan YB SS, Bella Astillah Menangis- “Saya Akan Ambil TIndakan..”

by Oh! Semput


7
SHARES
85
VIEWS
Posted on 19 Jul 2026 03:02:34

Pelakon dan penyanyi popular, Bella Astillah meluahkan rasa terkilan selepas terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang tergamak melemparkan kata-kata kesat terhadap anak bongsunya, Ara Adreanna.

Menerusi satu sesi siaran langsung baru-baru ini, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, dilihat tidak dapat menahan sebak apabila isu kecaman terhadap dirinya mula melampaui batas sehingga melibatkan seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.

Advertisement

Sebagai seorang ibu, Bella mengakui dirinya cukup terkesan dengan perkara tersebut. Bagaimanapun, ibu kepada dua cahaya mata itu memohon sedikit ruang dan masa sebelum mengambil sebarang tindakan sewajarnya demi melindungi ketenteraman keluarganya.

“Sudah semestinya sebagai ibu saya terasa. Beri saya sedikit masa. Banyak lagi perkara saya kena susun betul-betul. Tak nak bertindak melulu,” katanya sambil mengesat air mata.

Meskipun sering berdepan dengan kecaman netizen di media sosial, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah itu memilih untuk terus bertenang dan menyerahkan segala urusan hidupnya kepada ketentuan Ilahi.

Dalam masa sama, Bella meluahkan rasa syukur kerana masih dikelilingi ribuan penyokong dan peminat yang tidak putus-putus mendoakan kebaikan buat dirinya serta anak-anak.

Bella turut mempersoalkan mentaliti segelintir individu yang sanggup menghabiskan masa dan tenaga semata-mata untuk menjatuhkan serta memalukan orang lain demi kepuasan peribadi.

Terdahulu, tular di media sosial tindakan seorang individu yang didakwa melabel anak kedua Bella, Ara Adreanna, sebagai kanak-kanak kurang upaya atau cacat.

Dakwaan tidak berasas itu dikatakan timbul hanya kerana Ara sering dilihat didukung oleh Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, serta rakan rapat keluarga mereka dalam beberapa video dan foto yang dikongsikan sebelum ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syed abdullah bella
2026-07-17 16:07:09

Foto Mesra & Perbualan Bella Bersama Muaz Kembali Tersebar, Ini Respon Abang YB Syed Saddiq - "Tiada Siapa Kisah..."

Ara Dilabel ‘Cacat’ Gara-Gara Sering Berdukung Dengan YB SS, Bella Astillah Menangis- “Saya Akan Ambil TIndakan..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts