by Oh! Semput
SAP, salah satu syarikat terkemuka dalam penawaran perisian kepada perusahaan, dan kini dilaporkan ingin mengoptimasikan dan mentransformasi syarikat selari dengan perkembangan era AI. Sebagai langkah awal untuk penstrukutran ke arah tersebut, SAP dijangka akan membuang sekitar 10,000 pekerja syarikat tersebut.

Ini dijangka memberikan impak kepada 9% pekerja syarikat berkenaan. Pada masa yang sama, ia dikatakan perbincangan masih sedang dilakukan dalaman, dan angka akhir mungkin berubah.
SAP juga akan merekabentuk semula bagaimana mereka membangunkan dan menjual produk, termasuk melihat kepada integrasi beberapa ciri AI pada perisian dan aplikasi sedia ada.