RHB Pay Diperkenalkan – Menyatukan Semua Gerbang Pembayaran Dibawah Satu Bumbung

by Oh! Semput


3
SHARES
36
VIEWS
Posted on 05 Aug 2026 17:00:49

RHB hari ini secara rasminya telah memperkenalkan gerbang pembayaran mereka tersendiri, dinamakan RHB Pay. Melaluinya, ia menyatukan semua sokongan pembayaran dibawah satu bumbung, sekaligus memudahkan perniagaan atau sesiapa mengintegrasikannya dalam menerima pembayaran terus ke akaun RHB mereka.

Penyelesaian RHB Pay ini membolehkan perniagaan menerima pembayaran melalui FPX, DuitNow Pay dan juga menggunakan kad melalui satu integrasi sahaja. Kelak, sokongan pembayaran melalui DuitNow QR, dompet digital, dan Auto Debit dijangka diperkenalkan pada fasa kedua RHB Pay sekitar suku ke-4 2026 ini.

Langkah pengenalan ini juga secara tidak langsung akan menarik lebih ramai peniaga untuk menggunakan akaun RHB dalam menerima pembayaran melalui RHB Pay – terutamanya pada era edagang untuk memudahkan penerimaan pembayaran rentas pelbagai akaun dengan mudah.

Buat masa ini, sekitar 20 perniagaan telah menggunakan RHB Pay ini. Pihak RHB juga turut telah membuka pendaftaran minat untuk sesiapa yang berminat dalam menggunakan RHB Pay ini untuk integrasi pembayaran digital masing-masing.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts