OKU Maut Dirempuh Senandung Timuran

by Oh! Semput


7
SHARES
87
VIEWS
Posted on 29 Dec 2016 10:01:04

KUANTAN – Seorang lelaki kelainan upaya (OKU) maut dirempuh kereta api Express Senandung Timuran di Kilometer 234, Padang Tengku, Kuala Lipis awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Lipis, Supt Azry Akmar Ayob berkata mangsa Shaari Johari, 50, yang berasal daripada Kampung Telemin, Padang Tengku dipercayai dirempuh pada pukul 6.30 pagi.

“Pihak polis dimaklumkan oleh polis bantuan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bahawa keretapi yang dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Tumpat itu disyaki terlanggar orang.

“Anggota polis yang tiba di lokasi kejadian pada pukul 9 pagi menjumpai mangsa dalam keadaan badannya hampir putus manakala kepalanya pecah,” katanya kepada pemberita.

Jenazah mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lipis. – BERNAMA

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts