Disney+ Mengacah Pengalaman Baharu Untuk Pengguna Malaysia Mulai 7 Oktober 2026 – Sejarah Tontonan Akan Hilang

by Oh! Semput


4
SHARES
48
VIEWS
Posted on 13 Sep 2026 14:00:56

Disney+ kini telah mula memaparkan gambar acah khas pada perkhidmatan penstriman mereka, mengumumkan pengguna Malaysia akan mula menikmati pengalaman baharu berkuat-kuasa 7 Oktober 2026. Bermula tarikh berkenaan, pengguna Malaysia akan diberikan akses kepada aplikasi Disney+ serba baharu, yang dikatakan menawarkan pengalaman lebih baik berbanding sedia ada.

Bagi pelanggan sedia ada, anda boleh terus menggunakan perkhidmatan Disney+ baharu ini tanpa sebarang kos tambahan. Pengguna turut boleh log masuk ke akaun menggunakan alamat emel atau nombor telefon seperti sedia ada.

Namun, agak mendukacitakan kerana beberapa perkara akan hilang pada aplikasi Disney+ baharu. Disney menyatakan profil sedia ada pada perkhidmatan penstriman tersebut, senarai tontonan, dan juga sejarah tontonan tidak akan disertakan dan dibawah ke aplikasi Disney+ baharu.

Buat masa ini, perubahan harga langganan tidak dinyatakan lagi. Disney menyatakan pelanggan pelan Premium akan menerima ciri pelan Premium pada Disney+ baharu, sementara pelanggan pelan Basic akan menerima akses kepada pelan Disney+ Standard pada Disney+ baharu.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts