“Bos Saya Malu” – Lelaki Campak Mi Goreng Dimasak Nenek Menjadi ‘Viral’, Dibuang Kerja Serta Merta

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 13 Sep 2026 06:30:52

Individu yang mencetuskan kontroversi selepas video mencampakkan semangkuk mee goreng yang dimasak oleh neneknya tampil memohon maaf atas tindakan tersebut.

Menerusi satu hantaran, individu berkenaan berkata dia sudah meminta maaf kepada neneknya dan mengakui perbuatan tersebut sebagai satu khilaf.

Advertisement

mi gorenf

Dia turut meminta mana-mana pihak yang memuat naik semula video berkenaan supaya memadamkannya kerana tidak mahu isu tersebut terus dipanjangkan.

“Semua video yang saya campak makanan, jika ada post di mana-mana media sosial, minta dipadamkan.”

Dalam pada itu, lelaki tersebut mendakwa dia telah diberhentikan kerja susulan video berkenaan tular di media sosial.

@anam_ctb

nenek masak tak sedap original afiq Disclaimer video ini bukan milik angah, kredit kepada media telus

? suara asli – Tyok Satrio – tyoksatrio

lelaki

“Saya dah diberhentikan kerja kerana bos tak mahu tanggung malu. Saya tahu saya biadap dengan tok dan rezeki Allah. Saya mahu cari kerja baru susah sebab kes ini masih viral.”

Terdahulu, tindakan lelaki berkenaan mencampakkan makanan yang dimasak oleh neneknya ke atas lantai mengundang kecaman wargamaya.

Rata-rata netizen menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak wajar kerana makanan merupakan rezeki, selain menganggap tindakannya tidak menghargai usaha nenek yang menyediakan makanan tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-09-11 11:48:41

"Terus Rasa Pahit Nak Termuntah" - Wanita Dakwa Jumpa Plaster Luka Dalam Kuih Dibeli Di Kota Masai

“Bos Saya Malu” – Lelaki Campak Mi Goreng Dimasak Nenek Menjadi ‘Viral’, Dibuang Kerja Serta Merta first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts