by Oh! Semput
Disney+ pada hari ini seperti perkhidmatan penstriman video yang lain, ditawarkan secara langganan berbayar kepada pengguna. Namun, perkara berkenaan dijangka berubah tidak lama lagi.
Selain mengumumkan kerjasama dengan TikTok untuk menambah video menegak, kini pihak Disney turut berkongsi menyatakan mereka sedang pertimbangkan untuk menambah penawaran pelan percuma, sekaligus mencapai lebih ramai pengguna di seluruh dunia.
Penawaran pelan percuma ini mungkin hadir dengan sokongan pengiklanan, sekaligus menarik lebih ramai menonton di Disney+ sebelum memilih untuk melanggannya. Ini juga secara tidak langsung akan membolehkan mereka menarik para penonton, lebih kurang seperti di YouTube.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri penstriman percuma ini akan diperkenalkan, dan apakah antara had yang akan dikenakan terhadap penawaran kandungan melaluinya kelak.