Drake Bercinta Dengan Jennifer Lopez Pula. Rihanna Unfollow Di Instagram

by Oh! Semput


12
SHARES
153
VIEWS
Posted on 29 Dec 2016 10:00:30

Jennifer Lopez dan Drake bagaikan sudah mengesahkan hubungan istimewa mereka menerusi sekeping gambar yang dikongsikan masing-masing menerusi akaun Instagram. 

capture-20161229-163153

Gambar : Instagram JLo

Meskipun sekeping gambar itu tidak mempunyai sebarang kapsyen, tetapi sepertinya mereka sememangnya sedang dilamun cinta bersama.

Gambar tersebut menunjukkan dimana pasangan ini berpelukan mesra di antara satu sama lain. JLo adalah orang pertama yang berkongsi gambar pelukan manja tersebut. Menerusi gambar yang kini viral itu, dilihat yang mana Drake sedang memeluknya menggunakan kedua-dua belah tangan sambil sebelah matanya memandang ke arah kamera. Manakal Jennifer pula sedang berbaring dalam dakapan Drake.

Khabar angin yang mengaitkan antara dua penyanyi ini mula bertebaran sekitar awal bulan ini lagu pabila Drake dilaporkan turut serta menghadiri konsert JLo di Las Vegas secara berturut-turut serta menjadi hos untuk parti eksklusif yang turut dihadiri Jennifer Lopez.

Dan kerana perasaan mahu tahu, ramai peminat memeriksa sama ada Rihanna masih menjadi salah seorang follower Jennifer Lopez di Instagram memandangkan hbungan mereka sebelum ini agak rapat. Dan hasil risikan peminat mendapati Rihanna sudahpun ‘unfollow’ akaun Instagran Jennifer Lopez.

jennifer-lopez-gets-manolo-blahnik-boots-from-rihanna

rihanna-manolo-blahnik-boots-1

Rihanna sebelum ini pernah menghadiahkan sepasang but yang direkanya bersama Manolo Blahnik dan Jennifer Lopez menggayakan but itu di dalam video muzik terbarunya Ain’t Your Mama.

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts