Elektrik Pulak Dia Jadikan Makanan

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 10 Aug 2017 10:01:34

Biasanya jika kita memegang wayar elektrik yang hidup, pastinya kita akan terkena renjatan elektrik. Namun berbeza bagi seorang lelaki yang berasal dari Muzzafarnagar, utara India kerana dia gemar ‘makan’ elektrik sebagai sumber makanan, malah dia juga tidak pernah terkena renjatan elektrik.

BACA: Lagi Besar Payudara, Lagi Banyak Dapat Diskaun

Video berdurasi selama 1:50 saat itu menunjukkan Naresh Kumar, 42 tahun, memiliki kelebihan luar biasa apabila mampu menyerap tenaga elektrik dari wayar elektrik hidup yang ada di rumahnya.

Pada mulanya, dia menyedari kelebihan luar biasa itu apabila seringkali tersentuh dawai hidup di tempat kerjanya tetapi tiada apa yang berlaku. Dia cuba untuk memegang dawai hidup dengan lebih banyak dan menyedari dia boleh menjadikan elektrik sebagai sumber makanannya.

dari mstar.com.my

“Apabila saya lapar dan tiada makanan di rumah, saya akan berasa puas selepas memegang dawai hidup selama setengah jam. Saya anggap elektrik sebagai makanan,” ujarnya kepada Cover Asia Press.

“Saya boleh sentuh apa sahaja barangan elektronik seperti televisyen, mesin basuh dan peti sejuk dengan tangan tanpa sebarang kesan. Ia juga memberi tenaga kepada saya. Saya rasa 80 peratus dari badan saya mengandungi tenaga elektrik,” tambahnya lagi.

dari coverasiapress.com

Menurut Naresh, rumahnya dipenuhi dengan dawai hidup kerana dia sering menggunakan dawai-dawai tersebut untuk dijadikan sebagai sumber makanan.

dari coverasiapress.com

“Kami tiada suis, kadang-kadang saya dan anak-anak risau kami akan terkena kejutan elektrik. Tetapi disebabkan dia suka menyentuhnya, kami biarkan sahaja,” jelas isterinya.

dari coverasiapress.com

Walaupun dia menganggap dirinya unik, namun dia berasa agak terkilan kerana isterinya tidak berbangga dengan kelebihan yang dimilikinya itu. Bahkan, dia turut dikenali sebagai ‘Mentol Hidup India’ setelah video mengenainya tular di laman sosial.

dari coverasiapress.com

Namun, dia yakin ramai yang kagum dengan kebolehannya. Satu alat ujian pengaliran elektrik diletakkan di badan Naresh menunjukkan badannya mengandungi aliran elektrik tetapi dia masih tidak merasai kesakitan.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook dan Instagram

Pedas Level Mati | Bandung Part 01

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts