by Oh! Semput
Sebuah perumahan flat empat tingkat yang didakwa dibina secara haram oleh warga asing di Sungai Tekali, Hulu Langat kini menjadi perhatian ramai selepas video keadaan kawasan itu tular di media sosial.
Flat berkenaan dipercayai dibina tanpa kelulusan dengan keadaan struktur yang dilihat tidak sempurna apabila hanya menggunakan zink sebagai penghadang serta dinding, tingkap dan pintu yang dibina secara asas.
Video tersebut dipercayai dirakam oleh pelakon dan penyampai radio, Azad Jasmin ketika berada di kawasan Hulu Langat bagi urusan penggambaran.
Menerusi rakaman itu, Azad dilihat meluahkan rasa pelik selepas ternampak kewujudan rumah flat berkenaan.
“Assalamualaikum guys (kalian), saya tengah shooting (penggambaran) di Langat. Saya suruh PA (pembantu peribadi) saya berhenti semata-mata nak tengok, saya tak faham tentang rumah ni.”
“Ini rumah apa, rumah buat sendiri ke ni? Saya tak faham rumah, peliklah, macam mana kira rumah ini? Aku tak faham, ada rumah macam ini kat sini? Aku sebenarnya dekat mana ni,” katanya pada video berkenaan.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan bila video tersebut dirakam sama ada baru atau sudah lama, namun ia kembali tular ketika isu berkaitan penempatan warga asing hangat diperkatakan ketika ini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen termasuk penduduk sekitar Hulu Langat mendakwa flat haram tersebut sememangnya sudah lama wujud dan dipercayai didiami warga asing tanpa sebarang kelulusan rasmi.
“Flat haram ni dah lama bina kat Sungai Tekali, Hulu Langat dan ya, Rohingya duduk situ. Dulu ada notis kalau tak silap, tapi diorang masih bangunkan flat haram. Entah bila nak robohkan, elektrik pun curi,” dakwa seorang pengguna Thread di ruangan komen.
“Itu belum masuk curi air, curi elektrik lagi,” komen seorang pengguna Thread lain.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
“Siap Curi Elektrik” – Tular Video Pak Azad Dedah Flat Tiga Tingkat Dibina Secara Haram Oleh Etnik Rohingya first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.