by Oh! Semput
Kareena Kapoor menyifatkan proses kehamilan anak sulungnya ini membuatkan emosinya kurang stabil.

Kareena bersama kakaknya, Karisma Kapoor. Gambar : Google
Isteri kepada Saif Ali Khan ini menyatakan yang mana dia tidak dapat hendak mengungkap perasaannya ketika ini. Baginya, perubahan bentuk tubuh dan emosi adalah satu perkara yang unik baginya.
“Semua orang ingin tahu apakah perasaan saya sepanjang kehamilan ini? Saya sendiri sebenarnya tidak tahu bagaimana mahu menjawabnya. Bagi saya ia sebuah emosi yang begitu peribadi sehingga ia sukar digambarkan dengan kata-kata. Cuma, perubahan ini amat menyenangkan dan saya tidak sabar untuk bergelar ibu,” katanya kepada BollywoodLife.
Pasangan terkenal Bollywood ini masih lagi tidak mengetahui jantina anak dalam kandungannya pada masa ini dan mahu biarkannya sebagai satu kejutan.