by Oh! Semput
Token akses atau kelulusan teknologi ‘Six Arm’ ditawarkan kepada empat syarikat Malaysia, meliputi tiga akses Arm Compute Subsystems dan tiga lesen Arm Flexible Access setakat hari ini.
Memetik laporan Bernama, Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata kerjasama itu bertujuan melatih 10,000 profesional semikonduktor selama empat tahun, dengan 1,530 peserta telah menjalani latihan mengikut inisiatif tersebut sehingga 3 Julai tahun ini.
“Kerjasama strategik Malaysia-Arm menandakan langkah penting bagi memperkukuh keupayaan Malaysia dalam harta intelek, reka bentuk cip dan teknologi berkaitan kecerdasan buatan (AI). Melalui usaha menyediakan akses kepada platform protokol internet (IP) dan pengkomputeran yang terbukti. Inisiatif ini akan membantu syarikat Malaysia memendekkan tempoh pembangunan, mengurangkan risiko penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta bergerak lebih pantas ke arah merealisasikan produk semikonduktor komersial,” katanya.
Teknologi Six Arm atau lebih dikenali sebagai lengan robot enam paksi merujuk kepada sistem automasi dengan enam darjah kebebasan (enam paksi) yang direka untuk meniru pergerakan dan fleksibiliti lengan manusia. Ia merupakan standard industri untuk tugas kompleks yang memerlukan ketepatan tinggi.
Mengulas lanjut, Akmal Nasrullah berkata kerajaan menggalakkan lebih banyak syarikat Malaysia untuk memanfaatkan peluang tersebut, serta membangunkan produk yang boleh bersaing dalam pasaran serantau dan global.
Tambahnya lagi, akses teknologi akhirnya perlu membawa kepada pemilikan teknologi.
{suggest}
Empat Syarikat Malaysia Terima Kelulusan Akses Teknologi Arm WISER.MY.