TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara – Bayaran Dalam Ringgit Malaysia

by Oh! Semput


2
SHARES
32
VIEWS
Posted on 05 Nov 2026 11:00:13

Pengguna TNG eWallet kini boleh menempah perkhidmatan e-hailing di luar negara secara terus melalui aplikasi tersebut, tanpa perlu memuat turun aplikasi tempatan atau menyediakan kaedah pembayaran baharu.

Ciri baharu yang diperkenalkan oleh TNG Digital ini membolehkan pengguna membuat tempahan e-hailing di 47 negara serta lebih 12,000 bandar melalui kerjasama dengan Alipay+. Antara destinasi yang disokong termasuk Jepun, Korea Selatan dan China, selain beberapa pasaran terpilih di Amerika Utara dan Kesatuan Eropah (EU).

Melalui ciri ini, pengguna boleh membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia menggunakan baki TNG eWallet sedia ada. Tambang juga dipaparkan terlebih dahulu sebelum tempahan disahkan, manakala butiran perjalanan dan rekod transaksi boleh disemak melalui aplikasi yang sama.

Bagi penyedia perkhidmatan e-hailing, pengguna di EU boleh mengakses Bolt, manakala Lyft disediakan di Amerika Syarikat dan Kanada. Di Jepun, perkhidmatan GO ditawarkan, sementara pengguna di Korea Selatan boleh menggunakan Kakao T. Untuk China pula, pilihan yang disenaraikan ialah DiDi Travel dan AMap.

TNG eWallet e-hailing

Untuk membuat tempahan, pengguna hanya perlu mencari pilihan “Ride Hailing Overseas” dalam TNG eWallet, memilih lokasi pengambilan dan destinasi, kemudian pilih jenis teksi sebelum mengesahkan tempahan. Setelah butiran pemandu disahkan, pengguna boleh meneruskan perjalanan.

TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara – Bayaran Dalam Ringgit Malaysia

Namun begitu, untuk tempahan melalui DiDi Travel di China, pengguna kali pertama perlu memulakan proses pendaftaran menggunakan nombor telefon Malaysia terlebih dahulu. Pembayaran perjalanan kemudiannya boleh dibuat menggunakan TNG eWallet.

TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara – Bayaran Dalam Ringgit Malaysia

Penambahan ciri e-hailing antarabangsa ini turut melengkapkan perkhidmatan perjalanan lain yang tersedia dalam TNG eWallet, termasuk pelan eSIM dan pembayaran rentas sempadan ketika berada di luar negara.

TNG Digital menyatakan ciri ini menjadikan TNG eWallet sebagai e-dompet Malaysia pertama yang membolehkan pengguna menempah dan membayar perjalanan e-hailing di luar negara secara terus melalui aplikasi.

{suggest}

TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara – Bayaran Dalam Ringgit Malaysia WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts