by Oh! Semput

Dalam entri yang lalu saya ada kongsikan beberapa tempat menarik di Kelantan untuk pengunjung yang bercuti ke Kelantan dan seperti yang dijanjikan hari ini saya akan kongsikan pula tempat makan best di Kelantan yang menjadi pilihan rancangan Jalan Jalan Cari Makan TV3. Jom Kita lihat.
Betul ke senarai kedai makan menarik di Kelantan yang di bawah ni pernah dikunjungi oleh JJCM TV? Betul atau tidak anda boleh rujuk di Fanpage rasmi di JJCM TV 3.

Destinasi kedai makan di bawah ini telah diterjah oleh kru-kru TV3 pada awal tahun 2015. Masih baru dan panas.
Lokasi Makan Nasi Kuning ini terletak di Kampung Gual Tinggi, Rantau Panjang, Kelantan dan bersebelahan dengan jalan besar sahaja. Mungkin anda tertanya-tanya, apa benda Nasi Khoumok? Khoumok ni gemuk ke?