by Oh! Semput
Pengarah tersohor, Erma Fatima menangkis kritikan seorang individu yang melabel hasil karya arahannya sebagai mengarut, sambil menegaskan dakwaan itu tidak berasas .

Tuduhan seperti itu dibuat individu terbabit kerana merasakan Erma belum pernah menghasilkan filem seperti Hind Rajab yang diterbitkan oleh produksi luar negara.

Selain itu, Erma menafikan dakwaan kononnya beliau tidak menyokong naskhah Hind Rajab, yang mengisahkan penderitaan dan perjuangan seorang kanak-kanak Palestin.

Artikel lain: Drama ditegur JAKIM: Erma Fatima akui silap, mahu tonjol kelainan & realiti sebenar
Terdahulu, Erma berkongsi tangkap layar mesej seorang wanita yang menyelar kualiti filem dan drama arahannya, selain menuduh beliau tidak menyokong kisah perjuangan kanak-kanak Palestin dalam Hind Rajab.
: Instagram ermafatima