Uji Ketahanan Ekstrem Magic V6, Siri Jerayawara HONOR Tawar Hadiah Lumayan RM130,000

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 16 Jun 2026 11:00:19

Susulan beberapa aksi tular yang mempamerkan ketahanan ekstrem telefon pintar boleh lipat andalan terbaharunya, HONOR Malaysia secara rasmi melancarkan siri jerayawara HONOR Magic V6 merentasi empat lokasi utama di seluruh negara.

Siri jelajah ini telah pun bermula di pusat beli-belah Sunway Pyramid sejak kelmarin, dan bakal menyusul di Pavilion Bukit Jalil bermula esok sehingga 21 Jun 2026 bagi membolehkan orang ramai menguji sendiri kualiti binaan peranti berkenaan.

Menerusi zon pengalaman yang disediakan, pengunjung boleh menyertai cabaran bergayut pada palang Pull-up Barselama 30 saat yang ditahan menggunakan engsel Keluli Super 2800MPa milik Magic V6 untuk memenangi payung eksklusif.

Selain itu, terdapat juga cabaran memancing guli di dalam air bagi menguji penarafan kalis air berkembar IP68 dan IP69 peranti tersebut, di mana peserta yang berjaya mencatatkan berat guli 666g pada hari Sabtu dan Ahad ini berpeluang membawa pulang sebuah tablet HONOR Pad 10 WiFi secara percuma.

Pengunjung juga boleh mencuba fungsi kesalinghubungan Cross-OS Connectivity untuk memindahkan gambar secara terus ke ekosistem Apple seperti MacBook.

Selain cenderahati penyertaan, pelanggan yang berbelanja RM999 ke atas dalam satu resit sepanjang tempoh jerayawara ini layak menyertai cabaran cabutan bertuah bernilai keseluruhan RM130,000 yang menawarkan hadiah utama berupa tablet HONOR Pad 10 5G dan jam tangan pintar HONOR Watch 5 Ultra.

Selepas tamat fasa pameran di Lembah Klang, siri jerayawara HONOR Magic V6 ini dijadualkan akan bergerak ke Queensbay Mall, Pulau Pinang pada Julai, sebelum melabuhkan tirai di Mid Valley Southkey, Johor Bahru pada Ogos depan.

{suggest}

Uji Ketahanan Ekstrem Magic V6, Siri Jerayawara HONOR Tawar Hadiah Lumayan RM130,000 WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts